Tuesday, May 17, 2011
Monday, March 21, 2011
Architecture
Assalamualaikum,insya Allah pengisian kali ni...lebih kepada perkongsian..ttng course yg sy amik,
dari sem 1 sampai la ke sem 8...
Apa yang korang faham ttng architecture,,,bila dengar word ni benda first yg terbayang mesti bangunan kan? Dalam memahami erti architecture , ia sangat meluas,,,bukan sekadar bangunan, dan sains, bukan sekadar bangunan dan persekitaran, ia merangkumi semua aspek kehidupan,
"Architecture is life, or at least it is life itself taking form and therefore it is the truest record of life as it was lived in the world yesterday, as it is lived today or ever will be lived."
-frank lloyd wright-
ok aku bg satu contoh, sblm kita wat bangunan ,first sekali yg kita kn pk bukannya terus design lawa...tp how design to sendiri leh communicate dengan kehidupan. macam mana design tuh sendiri leh communicate dengan persekitaran,...
contoh lagi senang, ok kalo seorang architect nak design hospital..adakah senang2 je dier leh wat bangunan hospital...? apa ciri2 hospital? seorang architect tuh perlu mendalami dan jadi seakan seorang doctor untuk buat hospital,.,,,kerana seorang doctor yg memahami apa yg dier perlukan,,,ok contoh lain, kalo seorang architect nak buat satu factory ,factory cam kilang proton, sblm dier bina, seorang architect tuh perlu belajar dan mendalami aspect mechanical sendiri factory tuh terjadi seperti yg diinginkan ...
Design bangunan bukan sekadar memenuhi keperluan manusia yg ingin mendiami tmpt tuh, tapi banyak aspek lagi yg perlu difikirkan,,persekitaran, pencemaran, kehidupan dan lain2...
"Without an architecture of our own, we have no soul of our own civiliation"
percaya x kalo aku ckp, tanpa architecture, satu tamadun itu x mungkin bermula.,...aku bg contoh, architecture ni x semestinya satu benda yg dibina, even benda semula jadi yg berada disekeliling kita pun adalah architecture, Architecture is about space.,space is about form, form is about life,,,,even kita manusia pun boleh dikatogerikan sbgi architecture, architecture yg terulung yg diciptakan oleh Allah..so bila kita ckp pasal tamadun, apa ciri2 sebelum tamadun berkembang? kita ada belajar time sekolah menengah dulu, masa f4 n f5...pengkhususan kerja,hidup berkumpulan..n lain-lain lagi,,,tp sedarkah kita ,dalam semua ciri-ciri2 ni permulaan nya mesti kena ada TEMPAT TINGGAL, bak kata lain shelter..x kisah lah guna gua , bawah pokok ke, tp yng semestinya semuanya bermula dengan shelter ,iaitu space
ISLAM & ARCHITECTURE
kita kembali ke zaman Rasullah S.A.W, selps penghijrahan Rasullah s.a.w ke kota madinah, pembinaan masjid adalah antara langkah terawal Rasullah s.a.w dalam menyatukan umat islam dikota madinah, kita leh lihat petapa pentingnya peranan architecture even dalam penyebaran islam itu sendiri...contoh lain , Kaabah sebagai satu lambang penyatuan umat islam seluruh dunia,Masjid Al-Aqsa sebagai tmpt bersejarah beberapa tamadun terawal...
Even dimasa zaman khulafa' islam dan architecture x dpt dipisahkan,,,sehingga sekarang architecture ini lah yg menjadi lambang sejarah yg membuktikan kegemilangan islam . Al-hambra,
Seyyed Hossein Nasr telah berpendapat bahawa, keutuhan senibina Islam bukan sahaja berhubungkait dengan kesatuan aspek kosmologi dan apa yang ada di sebalik alam dengan Kesatuan Prinsip Ketuhanan itu sendiri, malahan ia juga berhubungkait dengan kesatuan hidup individu dengan masyarakat yang diatur oleh hukum Ilahi (Nasr 1987 : 73)
Senibina dalam al- Qur’an dan al- Hadith
Even dalam Al Quran pun ada menjelaskan kpd kita ttng senibina,. Penerangan dari wahyu Allah S.W.T telah dijadikan sumber rujukan bg para sarjana, Antaranya ialah Al-Quran telah memberitahu bahawa Allah S.W.T adalah maha mencipta, dan segala ciptaanNya adalah sempurna, Hal ini dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam banyak surah. Antaranya pd surah An-Naba' 12, dan 13 yang memberitahu kepada manusia bahawa Allah S.W.T tlh membinakan tujuh langit yng kukuh di atas manusia:
(13) وَجَعَلْنَا سِرَاجاً وَهَّاجاً (12) وَبَنَيْنَا فَوْقَكُمْ سَبْعاً شِدَاداً
Antara ayat lain yang membicarakan tentang senibia adalah seperti dalam surah Qaf ayat 6 ttng pembinaan langit yg tidak retak walaupun sedikit :
أَفَلَمْ يَنظُرُواْ إِلَى السَّمَآءِ فَوْقَهُمْ كَيْفَ بَنَيْنَـهَا وَزَيَّنَّـهَا وَمَا لَهَا مِن فُرُوجٍ
Allah S.W.T juga telah menjelaskan bhw rumah ibadat yg pertama di dirikan ialah Ka'bah, penerangan ini terdpt dalam beberapa surah seperti pada Ayat 96 surah Ali Imran:
إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِى بِبَكَّةَ مُبَارَكاً وَهُدًى لِّلْعَـلَمِينَ
Firman Allah S.W.Tdalam surah Al-Isra' ayat 1 turut memberitahu kpd manusia ttng binaan yg diberkati Allah S.W.T adalah masjid Al-Haram dan Masjid Al-Aqsa :
سُبْحَانَ الَّذِى أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الاْقْصَى الَّذِى بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ ءايَـتِنَآ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ
Allah S.W.T turut menceritakan peristiwa sejarah tntg kebinasaan negeri-negeri org yg zalim dan keruntuhan bangunan-bangunan dan istana, kesan ini dpt dilihat sehingga kini. Peristiwa ini diceritakan dalam surah Al-Hajj ayat 45 :
فَكَأَيِّن مِّن قَرْيَةٍ أَهْلَكْنَـهَا وَهِىَ ظَالِمَةٌ فَهِىَ خَاوِيَةٌ عَلَى عُرُوشِهَا وَبِئْرٍ مُّعَطَّلَةٍ وَقَصْرٍ مَّشِيدٍ
Allah S.W.T telah memberi ilham kepada ashab al-kahfi supaya mendirikan bangunan di atas gua, peristiwa ini telah diceritakan oleh Allah S.W.T dalam surah Al- Kahfi, ayat 21 :
وَكَذلِكَ أَعْثَرْنَا عَلَيْهِمْ لِيَعْلَمُواْ أَنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ وَأَنَّ السَّاعَةَ لاَ رَيْبَ فِيهَا إِذْ يَتَنَـزَعُونَ بَيْنَهُمْ أَمْرَهُمْ فَقَالُواْ ابْنُواْ عَلَيْهِمْ بُنْيَـنًا رَّبُّهُمْ أَعْلَمُ بِهِمْ قَالَ الَّذِينَ غَلَبُواْ عَلَى أَمْرِهِمْ لَنَتَّخِذَنَّ عَلَيْهِمْ مَّسْجِدًا
ini lah antara ayat-ayat Quran, yg menujukkan petapa pentinynya perasan architecture tuh sendiri dalam islam
ok ini aku letak gak beberapa gambar yg pernah aku wat sepnjng hidup dlm kehidupan architecture ni
p/s : cover tajuk tuh pun hasil work aku yg x siap
Sunday, March 20, 2011
Bismillah..muhasabah...
Makin jauh dengan tarbiyyah,
makin jauh dengan amal soleh,
makin jauh ,,,
apa yang aku cuba dptkan sebenarnya dalam hidup? adakah dunia semata?
Jam menunjukkan pukul 4.09 am,terdetik untuk menulis untuk meluahkan rs resah..blog rakan ku baca ..AlQuran cuba ke belik,.x tahu kenapa diri ini rasa resah sangat...semester 7 berada di UITM ini, rasa diri ini sangat kosong, sangat kosong...
Solat jemaah? makin kerap aku tinggalkan...atas sbb apa?
solat sunat? apetah lagi....
puasa sunat? jauh sangat...
Study? makin malas....
Ya Allah..kuatkan imanku....
Ya Allah tabahkan hatiku dalam menghadapi ujian dunia ini...
Ya Allah berikan hidayah...
Ya Allah tenangkan hatiku ini dari keresahan ini...
Aku sangat memerlukan kasih Mu, aku sangat memerlukan cinta Mu, Allah hanya pada Mu tempat ku mengadu, kuatkan hati ku ini ya Allah....