Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, July 29, 2009

Kejohanan Futsal Pembina Shah Alam -Klang

Assalamualaikum, nak umumkan sekali lagi, Insya Allah satu pertadingan futsal anjuran Pembina shah alam - klang akan diadakan pada 9 ogos ini, makan sesiapa yang berminat boleh menghubungi talian seperti yang tertera dalam poster dibawah,




Monday, July 27, 2009

program bersama pelajar PDT ! and lata kinjang!

Alhamdulilah,25-26 ogos 09, kitaorg alumni kmpk membuat satu program bersama pelajar pdt di matriks, n satu mesyuarat MT diadakan untuk membincangkan hal-hal berbangkit, overall ,best dan berpuas hati,.smg pelajar pdt mendapat something dari apa yang telah kami laksanakan, n pas2 kitaorng alumni-alumni kmpk p air terjun kat lata kijang,,huhuh best ,,semoga dpt merapatkan ukhuwwah sesama kita :)..makan durian sesama,langsat..best2...terima kak mas banje :P


adeq~ pe yang ko ajar kat dorang ni





itu dier bro syahmie ngan faiz kita...


"camni dik,bla bla" kata kak banan


itu dier org kuat n senior kita,kak mas


hah siap korang,abg target korang time mppb next year heheh


-gaya abg pian yang sangat x leh blah-


-fasi alumni perempuan-


-bukak durian-


-huhuhu-

Friday, July 24, 2009

Khas untuk perempuan yang bergelar islam!! Hijab



assalamualaikum kat sini nak kongsi satu video yang jumpa dari blog kwn, sangat bgs, nanti foward la video ni kat kawan-kawan perempuan yang lain ok,

Our prohpet s.a.w say
'Hijab is to control or protect the beauty and holiness within a women"

so harap bg golongan wanita terutamanya kekwn sy, harap dapat menghayati video ni dan fikir-fikirkan lah eh

Wednesday, July 22, 2009

Di jalan Dakwah aku menikah!

Assalamualaikum, mengenai tajuk di atas, nak bercerita ttg sahabat-sahabat saya, wa, x sangka sungguh, ramai sungguh dak-dak sekolah (Hira') sy yang dah berumah tangga alhamdulilah,lelagi yang kat mesir ,paling latest, Irfan Salmi yang baru saje selamat dihijab kabulkan di bumi anbiya semalam, umur sama ngan sy tuh...huhuhu lepas ni senior hira' lak sorang lagi kahwin, abg salman, sama umur ngan akak tuh...lepas tuh alhamdulilah saudari asma, salah sorang dari batch saya , dalam 3 minggu lepas melahir baby pertama batch 10...tahniah diucapkan...! Kat bumi mesir ni meh sy check list siapa yang dah kahwin, Abg suhaib ar rumy, ngan isteri dier, dedua Hira'...suhail sufian, Tahniah diucapkan





-irfan salmi bersama haidar-


-baby yang lahir di mesir insya Allah sbgi peneraju ummah dimasa hadapan-


-bayi hira' batch 10 ,anak saudari asma' asiah-


Saya berfikir,camner dorang ni kahwin awal?Umur muda2 lak tuh, itu lah dinama kan jodoh,,,satu persoalan lagi pernah kah dorang ni bercinta ? NEVER..cakap pun xpernah nampak time sekolah dulu ngan isteri dorang,,tapi ini lah dikatakan menikah di atas jalan dakwah! Menikah kerana Allah, dan ia juga merupakan satu jalan dakwah.

Ada kawan saya selalu tanya kat saya, kalo x cinta sebelum kahwin camner nak kenal hati budi dier? Nanti kang dah kahwin kang nyesal..ok memang saya xde pengalaman, sbb saya pun x kahwin lagi..tetapi saya berani mengatakan bahawa yakin la, "lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik,dan sebalik nya, lelaki yang tidak baik adalah tuk wanita yang tidak baik"..itu adalah janji Allah, dari ayat ini:

"lelaki yang berzina tidak akan mengahwini melainkan perempuan yang berzina,atau perempuan musyrik, dan perempuan yang berzina tidak akan mengahwini melainkan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik, dan yang demikian diharamkan atas orang-orang mukmin"
(An-nur[24] :3)

ini adalah satu kata-kata dari akh suhail sufian selepas dier berkahwin sudah hampir masuk setahun ,

"Sungguh anugerah ini berani saya katakan antara hadiah terhebat daripada Allah kepada kami. Pasti, apabila Allah mengatakan jodoh ditanganKu, tiada yang saya rasakan melainkan betapa dekatnya Allah dgn diri ini, kerana Beliau yang maha agung sendiri berjanji untuk memilih pasangan hidup untukku"


- suhail sufian-

Yups! yakin la insya Allah akan menjanji jodoh yang terbaik untuk kita! Kita selalu berfikir " aku nak kan isteri yang solehah, ciri-ciri nya, first mesti bertaqwa, kuat agama,menutup aurat, memahami,cun, n lelain ",di sini saya nak utarakan suatu benda ..pernah kah kita terfikir, kita bermimpi hendak pasangan yang begitu hebat, tapi adakah diri kita ni dah cukup hebat? Cukup ke Ketaqwaan kita ni? Cukup ke ilmu kita ni nak dpt isteri sebegitu? So bg saya, better kita aim tuk memperbetulkan diri kita ni,tambahkan ketaqwaan kita,tambahkan keimanan kita dan berdoa la pada tuhan, insya Allah ,Allah akan menjanjikan yang terbaik tuk kita

buktinya, saya tengok sendiri, dari kawan saya sendiri, selama di sekolah hira' dulu peribadi mereka sungguh hebat, alhamdulillah isteri yang mereka dapat adalah sekufu ngan mereka sangat padan dan sama hebat ! memang terbukti janji Allah..

Pembinaan keluarga muslim (baitul muslim) amat penting dalam merealisasikan masyarakat muslim (mujtama’ muslim) yang kita cita-citakan. Hal ini kerana keluarga merupakan batu binaan masyarakat. Jika baik majoriti keluarga yang berada di sesuatu komuniti, maka baiklah komuniti tersebut!

Apa yang saya perkatakan ini hanya la sekadar pandangan dan ilmu yg serba kekurangan yang ada dari saya, segala yang baik itu datang nya dari Allah, dan kelemahan diri tuh datangnya dari diri saya

Tuesday, July 21, 2009

laman web menghina islam..

Assalamualaikum,sedang surf2 mencari maklumat, terjumpa laman web ni...bila baca Ya Allah geram pun ada, so sesiapa yang jumpa laman web ni ,hati-hati la eh...

http://mengenal-islam.t35.com/

Friday, July 17, 2009

Aurat....bebuat x faham or faham?

Assalamualaikum, alhamdulilah dipagi-pagi ni dapat idea tuk menulis sebelum menanti untuk pergi ke kelas...aku sentiasa memerhati keadaan sekeliling aku, ada yang pakaian nya sejuk mata memandang,ada nya yang bagi aku sangat la menyakitkan mata...terutamanya wanita, memang lelaki zaman sekang ni memang kena kuat iman tul.

Lelaki

Bagi aku, sebagai seorang lelaki, x susah nak jaga aurat, senang je rasanya, bukannya banyak cam perempuan, Dari lutut sampai ke pusat, tapi ni aku nak ckp sikit,masalah yang aku selalu nampak adalah kat bahagian pusat dan lutut. Aku rasa semua tahu benda ni, cuma x tahu ,samada buat x tahu or saje menunjuk yang kita ni tuff.

Paling ketara sekang adalah seluar pendek, bagi aku, xkisah je nak pakai seluar pendek, as long dier still bawah lutut and time main x terselak nampak lutut,x pun susah sangat, time main pakai la tight..aku rasa xde masalah pun. Asal kita nak ikut gak budaya barat tuh,main je kena buka semua benda, x faham tul aku...x selesa ke? susah nak bergerak ke? Aku ok je...aku pun lelaki gak,xde masalah rasanya.

Satu lagi time nak tido, ni benda yang aku duk perhatikan dari aku kat matriks sampai la sekang,kalo korang sorang2.. xkisah korang nak bukak pe, tapi kalo kat dalam dorm sesama kawan, jaga la aurat tuh even dorang lelaki sama jenis ngan korang, selalu nya yang aku dengar " Ala kamal,lelaki sama lelaki bukan pe2 pun".. ya aku tahu memang x rasa pe2,tapi dah arahan syariat, korang lebih sayangkan syurga or neraka,kita tahu ke mana kita p kang lepas mati? Kekadang ada yang kata panas, haiz aku ok je even tido pakai seluar panjang, x rasa pe2 pun...lena je tido,so tak tahu la samada kita ni faham or bebuat x faham

Perempuan

sebelum aku ckp pe2 aku bg dalil dari surah an nur and surah al ahzab

"Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereke menutupkan kain kerudung ke dada meraka, dan janganlah menampakkkan perhiasa kecuali pada suami.." An nur [24]: 31

"Hai nabi, katakan lah pada isteri kamu,anak-anak perempuan mu dan isteri orang mukmin, hendaklah mereka mengulurkan jilbab ke seluruh tubuh mereka" Yang demikian supaya mereka lebih mudah dikenal dan kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah maha pengampun lagi maha penyayang" Al Ahzab [33] : 59

ok dr dalil ni dah jelas2...wanita ni kena tutup segala aurat mereka seperti yg dah sedia maklum seluruh anggota badan kecuali muka ngan tapak tangan,pas2 bila dah pakai tudung tuh, jangan la pakai ketat lak, tuh sama tunjuk aurat gak, n tudung yang perlu dipakai tuh mestilah melebihi paras dada.,,aku rs ramai yang dah sedia maklum benda ni ,,samada tahu or wat2 tak tahu...

memang aku lelaki,tp aku pernah tanya akak aku,kwn aku yang berpakaian cam yang telah digariskan,menyusahkan ke? Dorang cakap lagi mudah adalah, hidup pun selamat, xde orang gatal2 nak ganggu,orang pun respek kat kita

Memang kekadang org ckp " Don't judge a book by it cover", tp tuk istilah manusia ni, aku rs kita kena wat cam2, sbb aurat adalah basic terhadap pemahaman korang, and samada hipkorit or tidak,,memang aku xnafikan wanita yang tudung labuh pun ada yang teruk,tp bagi aku mengapa kita xnak pulak ckp, org yang tak bertudung tuh lagi banyak masalah sosial dier, org yang pakai tudung x sempurna tuh lagi banyak masalah sosial dier berbanding wanita bertudung labuh ni... tu x nafikan pulak? Bagi aku, adalah lagi baik "kita cantik di luar dan di dalam"..

Anda semua perlu tahu,kita tutup aurat ni bukan sbb org lain , tp tuk diri kita, Allah dah perintahkan, maka ia ADALAH WAJIB, wanita adalah golongan yang paling senang untuk ke syurga dan golongan yang paling mudah juga untuk ke neraka, sanada korang tahu or wat2 tak tahu

Ni persepsi aku sebagai seorang lelaki, percaya la, wanita yang pakaian sopan,tepati ciri-ciri menutup aurat, jauh lagi lawa, bila nampak ,sejuk je mata ni,alhamdulilah, tapi bila dah pakai seksi, bukak sana sini,hilang seri,hilang segalanya.,..serius ckp bila pakai pakaian yang cam digariskan korang lagi lawa!

pe2 pun minta maaf bebanyak kalo sesiapa yang baca ni terasa hati or anything, even diri sendiri ni pun banyak wat silap,peringatan yang aku tulis ni khas tuk diri aku, n alangkah bagusnya kalo dapat di kongsi bersama, aku tulis ni sbb aku sayangkan saudara-saudara seagama dengan aku, aku pernah cuba terbayangkan,, aku jalan kat bandar yang sesak ngan manusia, bila aku pandang semua nya berpakaian seperti yang digariskan,,aku amat inginkan suasana itu,rasa aman dan tenteram,,, so fikir-fikirkan lah terima kasih...

Wednesday, July 15, 2009

Karnival Futsal Pembina!

Assalamualaikum,nak promosi sikit, insya Allah dalam masa terdekat ini Persatuan belia islam malaysia ( PEMBINA ) akan menganjurkan satu program futsal yang akan diadakan pada 9 ogos ini,butiran nanti saya akan letakkan dalam design poster

Insya Allah,cara pendaftaran, hadiah tempat di mana,saya akan update nanti..




Sunday, July 12, 2009

Architecture assignment kitchen research!

Kat sini aku nak kongsi beberapa pengalaman aku ngan kekwn wat research for our first design projek, our first projek is about Anthropometric and Ergonomic..Apa tuh anthropometric? Ergonomic?

Anthropometric, ni sistem ukuran untuk manusia dengan tujuan untuk memahami fizikal manusia sendiri yang berbeza antara satu sama lain, contoh yang aku leh wat cam kita nak design meja, kita manusia terdiri dari pelbagai,kat malaysia org nya besar camner,jepun besar n tinggi dier camner lak,pastu kalo untuk org besar ngan dak kecik dimanakah perbezaan nya,,so benda2 ni kita kena consider semua benda ni...

Ergonomic lak berkaitan sains dengan designing untuk sesuatu keperluan untuk kita melakukan kerja..ia berkaitan dengan 5 aspek penting bila nak design sesuatu, keselematan,keselesaan,kegunaan,produktiviti, dan estetika...contoh nya cam kita nak design kerusi,,camner kerusi tuh di design tuk mementing kita nya keselematan,keselesaan,,pas2 lawa ke x? Apa kegunaan dier...cam2 la...

Group aku di assign untuk memahami satu part dari rumah iaitu dapur,,,huhuh sangat best ,,so tuk dapat feel pasal dapur ni and nak memahami per basic2 dapur ni,,kita org p la hulu langat cari rumah-rumah lama tuk research pasal dapur zaman2 dulu...yang best nya kitaorng ni, p je rumah sesiapa yang kitaorng rs sesuai,pas2 dengan x malu nya bg salam minta izin...huhuh dah la tuan rumah xkenal,,tp tuh la pengorbanan,wat pe nak malu demi ilmu right? Tp overall alhamdulilah,rumah-rumah yang kita p,tuan rumah semua baik2..best!


-rumah pertama yang menjadi sasaran kitaorng-


-bersama tuan rumah, nenek hajah rahmah,umur 83 -


-tengah ukur menggunakan human scale,just anggar-


-rumah kedua yang menjadi sasaran,makcik azizah yang sangat baik-



-huhu panjat pokok amik rambutan..makcik tuh bg eh,terima kasih makcik azizah-

insya Allah nanti aku sambung terang pasal projek 1 kitaorng,sbb nak sambung awat assignment :P

Saturday, July 11, 2009

Ujian dunia? Tension? Hikmah?

Sedang-sedang aku duduk di depan komputer, tiba-tiba aku terfikir, benda yang berlaku pada aku bulan lepas, sangat perit rasanya..pada hari pertamanya time aku nak p matriks naik kete...tengah tengah bawak kete..kete nya engine over heat...habis rosak, RM2500 melayang, then pada 2 minggu seterusnya,aku berjaya membeli satu moto ex5 yang aku nak gunakan untuk ulang alik p universiti,,then x sampai 2 minggu,..Ya Allah motor yang x sampai 10 kilometer lagi aku bawak dah kena curi, rm 3000 habis..balik2 rumah nak settle insurans,ada prob xdpt nak tuntut,,,pas2 baju pulak jadi mangsa,adik tersilap basuh,baju tuh pun baru 2 kali pakai tuk majlis formal..hilang lagi, semuanya berlaku dalam satu hari je..argh!! Jumlah kerugian dianggarkan rm5700,habis 1 sem nya jpa,

time tuh ya Allah...hanya tuhan saje yang tahu camner perasaan aku...dalam masa sehari tuh aku rasa aku lah paling malang tuk hari tuh, x sesiapa berani tegur aku ,tapi sekang ni bila aku fikir balik aku rasa menyesal kat diri aku kerana aku ni x tabah hadapi ujian dunia..aku ingat lagi kata-kata ayah aku time berlaku nya benda ni "kamal,sabar kamal...ujian dunia ni sebagai satu cara mentarbiyyah diri kita sebenarnya,tanpa ujian seseorang manusia xkan jadi seperti mana diri mereka sekang ni,insya Allah rezeki kita boleh cari kamal,tapi ujian dunia ni datang sekali sekala dan peluang tuh yang paling sukar untuk kita dapat samada kita boleh amik hikmah darinya untuk memperbetulkan diri or kita hanyut dengan ujian itu,mungkin Allah uji kita ngan satu ujian lepas ni dier bg sesuatu kat kita,bukan kat dunia,mungkin di akhirat"

terima kasih abah sampai bebila pun xkan lupa ngan kata-kata ni, memang betul per yang ayah aku ckp,seminggu lepas aku terima ujian ni,kuar result U ,alhamdulilah amat memuaskan,n aku rasa kehidupan aku time tuh amat bermakna walaupun moto dah hilang,sangat best time duduk kat matriks,n sekang ni,bila dah start kelas aku dapat sesuatu yang aku rs amat lain dari lain,,dari situ aku mula rasa kebenaran dari kata-kata ayah aku..

Itu adalah pengalaman yang aku rs, n setiap manusia mesti pernah merasa ujian hidup ..disitulah keimanan kita diuji samada ia nya rapuh or kuat, sedar x sedar jika kita rasa diri kita ni malang,sedar la masih ada insan lagi jauh lagi malang dari kita, contoh paling dekat yang boleh kita amik, saudara kita dipalestin sana, hari-hari kena bomb,hari-hari rumah dimusnahkan,dihalau dari kampung halaman mereka sendiri,sedangkan kita ni ujian yang x seberapa ni pun kita dah mengeluh,sejauh manakah tahap keimanan kita jika nak dibandingkan ngan mereka? kita fikir-fikirkan lah

Saturday, July 4, 2009

Transformer islamik

Kat sini saya nak kongsi satu video yang saya teramik dari abg saya nya hardisk,menarik huhuh sesama la kita hayati,..

Thursday, July 2, 2009

My banner design collection!

Kat sini aku nak kongsi beberapa design yang pernah aku wat...so sesiapa nak comment and mungkin nak minta bantuan aku ,leh la aku membantu andai kata kelapangan masa


baru letak...latest one
















-Design wallpaper -


-Design wallpaper sireh pulang ke gagang 4-

Pisang goreng ke, Goreng pisang?



Pisang goreng VS goreng pisang? Apa benda yang saya cuba utarakan ni? huhuhu ini lah dia satu analisis yang saya wat kat status ym saya selama sejam untuk check berapa ramai yang peka ngan penggunaan bahasa yang kerap kali orang salah gunakan,kat status ym saya,saya letak "makan goreng pisang", satu penggunaan bahasa yang salah. Sepatutnya adalah pisang goreng. Hasil analisis dalam beberapa org yang menegur saya yang berkenaan ngan pisang goreng je,yang borak tak ckp pasal pisang goreng saya x masukkan dalam analisis, hanya 40 peratus je yang sedar penggunaan bahasa yang salah, 60 peratus lagi, tanya saya "eh makan pisang goreng ke,xnak ajak sekali...?"

(Yang sedar)
kawan A: Assalamualaikum,goreng pisang ke pisang goreng?
Saya : Waalaikumsalam,pisang goreng sebenarnya heheh

(yang xsedar)
Kawan B : salam, wa makan goreng pisang xnak ajak sekali ke?
Saya :uhuhuh waalaikumsalam...jom2 sedap giler ni...

Mungkin analisis yang saya buat ini tidak lah beberapa tepat kerana jangka masa yang terlalu pendek,tapi bila difikirkan walaupun ia pendek bila kita cuba kaitkan dengan kehidupan kita benda yang simple camni la kita selalu terlepas pandang,contohnya solat kita, ramai je yang solat tapi berapa ramai yang rasa solatnya diawal waktu? Berapa ramai yang mementingkan kualititi dari kuantiti?

Even bila kita nak menggunakan air pun berapa ramai yang mementingkan penjimatan dari keselesaan penggunaan?Satu lagi yang saya leh wat contoh,apabila kita tulis ,"assalamualaikum",ramai yang tulis salam, a'kum, tahukah kita mngkn org faham apa yang kita nak sampaikan tapi pernahkah kita terfikir benda seperti ini akan mengubah makna ayat tersebut.

kita fikirkan lah bersama, benda yang simple ini lah pada suatu hari nanti akan menjadi besar dalam kehidupan kita..ia adalah peringatan kepada diri saya gak...


-end-

Wednesday, July 1, 2009

Puisi kami abang-abang 19 thn

Di sini aku ingin kongsikan satu puisi yang kawan aku buat time aku kat Hira'
masa f5 dulu, semoga kita boleh ambil iktibar bersama,


Kami abang-abang 19 tahun


Kami abang-abang 19 tahun,
Masa silih berganti,
Sedar-sedar sudah 7 tahun,
7 tahun kami berada di bumi wakaf hira',

Kami abang-abang 19 tahun,
Ingin berkongsi cerita,
7 tahun dahulu 7 jan 2000,
Kami di sambut oleh Muallim dan muallimah,
Pesannya kepada kami,
Kalau nak A boleh cari sekolah lain,
Kami tak janji di Hira',
Tapi kami janji rohani kamu kuat,
Bila hubungan kamu dengan Allah kuat,
Berjuta-juta A pasti datang,

Muallim dan muallimah
Mengenalkan kami kepada Allah rasul dan kiamat,
Mengajar kami islam,
Mendedahkan kami apa itu dakwah,

Kami abang-abang 19 tahun,
Sangat gembira dan suka,
Generasi kami telah mencapai,
3 tahun berturut-turut,
Keseluruhan 1,2 dan 3,
PMR kami ramai 7A,8A,9A,
Malahan hafiz Quran, 7 bulan 8 bulan 9 bulan
dan 11 bulan,

Kami abang-abang 19 tahun,
Faktor pendorong kami adalah....
Muallim dan muallimah,
Sangat hampir bersama kami,
Makan bersama-sama,
Tidur di dorm bersama,
Riadah bersama dan solat bersama,
Suka dan duka bersama,

Kami abang-abang 19 tahun,
7 tahun sudah berlalu,
Masa telah tiba untuk kami tinggal
sekolah tercinta ini,
Namun kini sedih dan pilu,
Keadaan sudah berubah,
Kasihan pada adik-adik,
A diutamakan daripada
Allah di dalam kelas,
Hubungan kami dengan
Muallim dan muallimah,
Bagaikan langit dan bumi,
Apa sudah jadi?

Inilah luahan kami,
Abang-abang 19 tahun,
Itu harapan kami,
Jadikan Allah agenda dalam kelas,
Jadilah rakan baik para pelajar.

Nukilan izuddin selamat,pelajar Hira' batch 10



-kami abang-abang 19 tahun (after baru je habis spm )-

Sireh Pulang ke Gagang 5

sireh pulang ke gagang 5 coming back...alhamduliah sangat seronok, selama 2 minggu aku duk kat matriks menjadi gerak kerja sireh pulang gagang ke 5 dan juga ajko mppb pdt sangat la best,rasanya seperti kembali ke zaman jpp ketika aku di matriks dulu. Rasa cuti aku ni tidak disia-siakan begitu sahaja . Masa itu juga aku mengenali JPP-JPP yang baru dilantik,alhamdulilah program 24 hours with jpp berjaya dengan jayanya...smg mereka dapat menjalankan tugas dengan jayanya,,,


-gerak kerja sireh lelaki-



-gambar reramai-



-semua ajk-



-time tgh wat dewan-


-hasil gubahan banan and amira-



-ini lah dier hasil design dari aku,logo spkg 5-



-time mppb pdt, aku ngah suruh dak angkat beg heheh-


-angkat beg..saper suruh lambat-


-jpp 2009-2010-

Diri ku Uitm VS Matriks



Sejak pulang dari matriks..aku merenung kembali, selama ini apa yang telah aku wat kat sana and sebelum2 ini...apa bakti yang telah aku buat kat masyarakat? apa bakti aku dah wat tuk islam?

Aku cuba comparekan kenapa bila kat matriks aku semangat? tp kat uitm ni kurang semangatnya? Padahal hidup aku sekang ni di Uitm? Sepatutnya aku kena lakukan sesuatu untuk wat perubahan kat Uitm yang kita memang tahu camner sosial life dier..tp kenapa? Aku try bandingkan diri aku ngan abg aku, pergh jauhnya bagaikan langit bumi, Abang aku sanggup berkorban masa,duit demi program islamic,dirinya x pernah langsung bimbang langsung pasal wang walaupun diri dia sendiri mengalami masalah kewangan,sungguh aktif dia di Uitm...

Setelah aku tanya pandangan org dan fikir2...aku dapat satu jawapan yang aku rasa menjawap persoalan aku ni,

Untuk berdakwah, atau mengubah sesuatu yang kita inginkan, niat sehaja tidak cukup, ramai je yang berniat nak memperjuangkan islam tp cara kita nak memperjuangkan apa yang kita ingin perjuangkan tu camner? Jawapan yang paling ideal yang boleh aku simpulkan adalah kita tidak boleh berjuang sorang2...kita perlukan TEMAN, bergerak secara jemaah,kita perlukan sahabat untuk support niat kita untuk memperjuangkan islam dalam apa jua keadaan,even dakwah pun kita memerlukan teknik2 yang berkesan cam kita jawap periksa,inilah tekniknya, gerak dalam jemaah

Masa kat matriks,aku dibantu oleh kawan-kawan aku seperti hairi,muzakkir,hafiz irwan yang seniat dengan aku dan aku di support oleh ramai org, dan even diri aku sendiri bergerak di dalam gerakan jemaah,time aku rasa sangat dihargai and aku rasa usaha-usaha yang aku buat disupport oleh mereka,oleh sebab itu aku merasa selesa dengan suasana yang aku lalui

Tapi bila dibandingkan di UITM,ada kawan ada je,ramai je,sangat best ngan dorang n sentiasa suka duka bersama dorang ketika kelas,exam n wat design cam ameir,fikri,epul,mimi,rahmat and lelain,dorang sangat la baik dan best ngan aku,selalu tolong aku time dalam kelas,time moto rosak,time xde duit huhu,tp mungkin disbb aku masih x mencari kawan untuk sama-sama bergerak dengan aku memperjuangkan niat aku ni,hidup aku hanya la kelas dah studio untuk membuat design dan assignment,di sebabkan itu aku sentiasa rasa serbi kekurangan,ada je x kena..bukannya gelisah sebab kerja x siap tapi disebabkan aku x memainkan peranan kepada org lain ..dan x memberi maafaat kepada org lain..daripada satu hadis,

'sebaik-baik manusia adalah manusia yang paling banyak memberi manfaat bagi sesama manusia"

oleh sbb itulah semangat aku di Uitm lebih kurang,insya Allah aku akan cubakan usaha sesuatu untuk diri aku,sebenarnya banyak je jalan untuk kita bergerak secara jemaah, kita leh libatkan diri dalam gerakan jemaah seperti JIM,karisma,isma dan lelain..semua nya bergantung pada diri kita , percaya la, "Barangsiapa yang membantu agama Allah,Allah akan memudahkan urusan nya"