Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, July 17, 2009

Aurat....bebuat x faham or faham?

Assalamualaikum, alhamdulilah dipagi-pagi ni dapat idea tuk menulis sebelum menanti untuk pergi ke kelas...aku sentiasa memerhati keadaan sekeliling aku, ada yang pakaian nya sejuk mata memandang,ada nya yang bagi aku sangat la menyakitkan mata...terutamanya wanita, memang lelaki zaman sekang ni memang kena kuat iman tul.

Lelaki

Bagi aku, sebagai seorang lelaki, x susah nak jaga aurat, senang je rasanya, bukannya banyak cam perempuan, Dari lutut sampai ke pusat, tapi ni aku nak ckp sikit,masalah yang aku selalu nampak adalah kat bahagian pusat dan lutut. Aku rasa semua tahu benda ni, cuma x tahu ,samada buat x tahu or saje menunjuk yang kita ni tuff.

Paling ketara sekang adalah seluar pendek, bagi aku, xkisah je nak pakai seluar pendek, as long dier still bawah lutut and time main x terselak nampak lutut,x pun susah sangat, time main pakai la tight..aku rasa xde masalah pun. Asal kita nak ikut gak budaya barat tuh,main je kena buka semua benda, x faham tul aku...x selesa ke? susah nak bergerak ke? Aku ok je...aku pun lelaki gak,xde masalah rasanya.

Satu lagi time nak tido, ni benda yang aku duk perhatikan dari aku kat matriks sampai la sekang,kalo korang sorang2.. xkisah korang nak bukak pe, tapi kalo kat dalam dorm sesama kawan, jaga la aurat tuh even dorang lelaki sama jenis ngan korang, selalu nya yang aku dengar " Ala kamal,lelaki sama lelaki bukan pe2 pun".. ya aku tahu memang x rasa pe2,tapi dah arahan syariat, korang lebih sayangkan syurga or neraka,kita tahu ke mana kita p kang lepas mati? Kekadang ada yang kata panas, haiz aku ok je even tido pakai seluar panjang, x rasa pe2 pun...lena je tido,so tak tahu la samada kita ni faham or bebuat x faham

Perempuan

sebelum aku ckp pe2 aku bg dalil dari surah an nur and surah al ahzab

"Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereke menutupkan kain kerudung ke dada meraka, dan janganlah menampakkkan perhiasa kecuali pada suami.." An nur [24]: 31

"Hai nabi, katakan lah pada isteri kamu,anak-anak perempuan mu dan isteri orang mukmin, hendaklah mereka mengulurkan jilbab ke seluruh tubuh mereka" Yang demikian supaya mereka lebih mudah dikenal dan kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah maha pengampun lagi maha penyayang" Al Ahzab [33] : 59

ok dr dalil ni dah jelas2...wanita ni kena tutup segala aurat mereka seperti yg dah sedia maklum seluruh anggota badan kecuali muka ngan tapak tangan,pas2 bila dah pakai tudung tuh, jangan la pakai ketat lak, tuh sama tunjuk aurat gak, n tudung yang perlu dipakai tuh mestilah melebihi paras dada.,,aku rs ramai yang dah sedia maklum benda ni ,,samada tahu or wat2 tak tahu...

memang aku lelaki,tp aku pernah tanya akak aku,kwn aku yang berpakaian cam yang telah digariskan,menyusahkan ke? Dorang cakap lagi mudah adalah, hidup pun selamat, xde orang gatal2 nak ganggu,orang pun respek kat kita

Memang kekadang org ckp " Don't judge a book by it cover", tp tuk istilah manusia ni, aku rs kita kena wat cam2, sbb aurat adalah basic terhadap pemahaman korang, and samada hipkorit or tidak,,memang aku xnafikan wanita yang tudung labuh pun ada yang teruk,tp bagi aku mengapa kita xnak pulak ckp, org yang tak bertudung tuh lagi banyak masalah sosial dier, org yang pakai tudung x sempurna tuh lagi banyak masalah sosial dier berbanding wanita bertudung labuh ni... tu x nafikan pulak? Bagi aku, adalah lagi baik "kita cantik di luar dan di dalam"..

Anda semua perlu tahu,kita tutup aurat ni bukan sbb org lain , tp tuk diri kita, Allah dah perintahkan, maka ia ADALAH WAJIB, wanita adalah golongan yang paling senang untuk ke syurga dan golongan yang paling mudah juga untuk ke neraka, sanada korang tahu or wat2 tak tahu

Ni persepsi aku sebagai seorang lelaki, percaya la, wanita yang pakaian sopan,tepati ciri-ciri menutup aurat, jauh lagi lawa, bila nampak ,sejuk je mata ni,alhamdulilah, tapi bila dah pakai seksi, bukak sana sini,hilang seri,hilang segalanya.,..serius ckp bila pakai pakaian yang cam digariskan korang lagi lawa!

pe2 pun minta maaf bebanyak kalo sesiapa yang baca ni terasa hati or anything, even diri sendiri ni pun banyak wat silap,peringatan yang aku tulis ni khas tuk diri aku, n alangkah bagusnya kalo dapat di kongsi bersama, aku tulis ni sbb aku sayangkan saudara-saudara seagama dengan aku, aku pernah cuba terbayangkan,, aku jalan kat bandar yang sesak ngan manusia, bila aku pandang semua nya berpakaian seperti yang digariskan,,aku amat inginkan suasana itu,rasa aman dan tenteram,,, so fikir-fikirkan lah terima kasih...

2 comments:

  1. alhamdulillah andai suasana tarbiyah itu di amalkan dlm masyarakat kita sehari harian.. tapi itulah janji syaitan laknatullah kepada ALLAH utk selalu menyesatkan manusia drpd pelbagai sudut. (7:16&17)

    maka..para daie sendirilah yang perlu berjihad utk membawa manusia lebih mendekati islam. insyaAllah..moga segala jerit payah kita berkorban dlm berjuang akan DIA hitung kelak d akhirat sana.

    marilah sm2 kita doakan moga kita dan mereka sama2 memperoleh hidayah Ya Rabb...


    Akhirul kalam..

    "Daripada Ali menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w ada bersabda yang bermaksud: Akan datang ke atas manusia satu zaman ketika itu Islam tidak ada yang tinggal kecuali hanya pada namanya dan al-Quran tidak tinggal kecuali pada tulisannya, masjid-masjid mereka begitu indah namun ia kosong daripada petunjuk, ulama mereka tergolong daripada kalangan manusia paling jelik yang wujud di bawah langit. Daripada kalangan mereka lahir fitnah-fitnah dan akan kembali kepadanya".
    (H.R Baihaqi)

    afwan.

    ReplyDelete
  2. salamun'alaik,

    oh aurat, sesuatu yg benar2 ingin sy jaga, masih dlm proses membaiki diri.
    doakan lah kami para wanita islam..

    p/s: saje singgah. slmt pose :-)

    ReplyDelete