Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, June 18, 2012

Muhasabah, satu langkah untuk kita maju kehadapan...


Lama sungguh tidak singgah menulis sesuatu di blog, Amat payah untuk mendapat ilham untuk menulis. Tetapi Insya Allah akan diusahakan kerana untuk menulis memerlukan satu niat, kerana apa kita tulis, adakah ia memberi manfaat kepada diri kita dan juga orang lain. Ya Allah berikan daku petunjuk dan smg ia memberi manfaat kepada orang lain dan diberi kekuatan untuk ku terus mendapat ilham untuk istiqamah menulis

Insya Allah apa yang ingin dikongsi lebih kepada muhasabah diri ....


Apa itu muhasabah? Maksud muhasabah diri ialah seseorang itu melakukan muhasabah terhadap dirinya sendiri. Muhasabah itu bertujuan mengislah diri dan membetulkan akhlak di dunia ini. Pintu taubat sentiasa terbuka sebelum kematian menjelma. Muhasabah akan diikuti taubat, dan tiada taubat selepas mati.
Perumpamaan yang boleh kita berikan, seolah seperti sebuah kereta :)
Setiap kereta, murah, mahal semua nya memerlukan servis pada tempoh2 yang tertentu...,tayar, minyak hitam, engine, semua itu merupakan keperluaan bagi sebuah objek yang bernama "kereta" !
Begitu juga manusia, muhasabah adalah servisnya! Setiap hari apabila kita melangkah keluar dari rumah, kitakan melaku pelbagai perbuatan harian, dan sesungguhnya kita juga perlu diservis bagi memastikan apakah kekurangan yang kita lakukan? adakah perbuatan cukup mendapat manfaat kepada masyarakat disekeliling kita? Tidak kiralah insan yang miskin, kaya, sihat, sakit, semuanya perlu diservis bagi memastikan dari hari ke hari, kita bertambah baik dan positif

Muhasabah ini bukannya pada materia atau perniagaan, untuk memastikan untung rugi kita, tapi ia lebih bertujuan untuk mengetahui untung rugi sdiri kita dalam usahanya mentaati Allah . Ia bertujuan untuk mengetahuai sejauh mana perbuatan dan amalanya bertepatan dengan kehendak syarak.  Jika terdapat kekurangan, individu itu akan segera bertaubat dan memperbaiki amalan bagi memasti diri nya melakukan terbaik dalam setiap amalan nya


Sesunguuhnya muhasabah diri amat penting bagi seseorang individu itu melangkah lebih kehadapan. Seorang muslim yang sentiasa memuhasabah dirinya sentiasa akan meningkatkan ibadahnya ,amalannya dan juga akhlaknya pada masyarakat.

Dalil-dalil yang menyuruh melakukan muhasabah diri terdapat di dalam al-Quran, hadith dan kata-kata salafusoleh.
Firman Allah Taala: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan”. (Surah al-Hasyr:18).


Ibnu Kathir berkata dalam menafsirkan ayat di atas: “Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung dan perhatikan amalan soleh yang kamu simpan untuk dirimu pada hari yang dijanjikan dan ketika kamu dihadapkan di hadapan Tuhan kamu”



Mutabah Amal

Tersenyum ku seketika bila terkenang ,kenangan di sekolah...tarbiyyah yang diterima amat menyenangkan. Sedar x sedar hampir genap 25 tahun umurku.,membuat ku bertanya pada diriku, Adakah amalan aku cukup untuk ke syurga-Nya?zaman sekolah2 dulu, aku dibekalkan dengan buku mutabah amal, hati kecil sewaktu itu sungguh bersemangat bagi memastikan buku itu penuh ditulis..

Dari masa ke masa, sudah lama aku meninggalkan borang penilaian ini membuat ku terfikir , adakah dari ke hari aku menjadi lebih baik dari semalam . Ya Allah bantu la hamba ku ini . Mungkin ada yg bertanya. apa itu Buku mutabah amal ni? Buku ni lebih kepada jadual aktiviti harian kita, sebagai checklist apa yang perlu kita lakukan supaya kita istiqamah dalam melakukan amalan harian kita. X kira budak kecil, remaja, pakcik, datuk, semua boleh menggunakanya sbgi checklist bagi memastikan amalan harian kita sentiasa lengkap Insya Allah...





Masa terus berlalu dan berlalu pergi meninggalkan diri kita... Dari hari ke hari, banyak sungguh cabaran yang kta lalui , Smg kita terus cekal dalam menghadapi ujian-Mu ini dan setiasa istiqamah dalam memuhasabah diri ku ini. hidup bermatlamatkan satu! Usaha, Doa dan tawakkal akan ku jadikan sandaran , Insya Allah..