Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, December 26, 2009

Guru?




Assalamualaikum...insya Allah entry kali ni, aku ingin berkongsi satu pengalaman yang amat berharga aku rasakan...iaitu menjadi seorang Guru!

Bermula nya apabila start cuti sem...Pada permulaan keinginan dihati ni ingin mengulang Al Quran selama cuti sebulan ni, then ajak Afiq, kwn sekolah sejak dr kecil lagi...then dier bgtau, Ustaz adang ,,iaitu ustaz yang mengajar aku time kat sekolah dulu,,,dier ada nak bukak satu program tahfiz sepanjang cuti sebulan ni dan ingin cari Cikgu yang leh ngajar..so dari situ kitaorng start kerja...

Pada hari first,mengajar kanak2, perghh sangat la payah... mana tak nya...sekejap je terlepas pandang semua dah p lari-lari dalam masjid..dah marah...5 minit je dorang ok..pas2 jadi semut balik....Pastu, mengajar kanak2 bukannya cam ajar dak2 remaja , mereka ni tangkap senang n dengar ckp tapi kalo budak2...Kita kena ajar dari A ke Z, dan sangat susah nak tangkap..dengan x dengar ckp nya lagi...huhuh tp bila angkat rotan semua dengar ckp huhuh





Then bila dah seminggu lebih mengajar, rasa sangat best ngan kanak2 ni...macam2 kita kenal kawal..dari segi bacaan nya sampai ke solatnya dan ke sikap harian dorang....banyak benda sebgai seorang cikgu perlu kita terapkan dalam diri dorang...Dan dari situ gak banyak benda aku belajar,bukan sekadar perlu diterapkan pada diri dorang tetapi diri kita gak,, kekadang bayangkan segan nya diri ini bila anak murid tanya..."Ustaz saya hafal doa tgk cermin...ustaz hafal x?"...huhuhuh terus aku kat rumah p search kat tenet cari doa ketika tgk cermin...segan2...tp dari situ aku sedar, even kita ni, setinggi mana pun ilmu kita, sentiasa akan ada org yang lebih berilmu dari kita even dier kanak-kanak , sebab tuh lah, menutut ilmu tuh adalah fardhu ain, keperluan menuntut tidak akan pernah habis sehingga la kita mati...
Then, time mengajar ni lah memacam aku dan afiq try usahakan...bawak dorang kuar jejalan...buat jalan malam tuk dorang...p rehlah..ustaz adang sebagai bos,, sangat lah sporting..ok sentiasa....


-time jalan malam ,..kul 2 pagi-

Time jalan malam...huhuh aku ingat lagi kelakar tul...ada sorang murid ni...dah jauh dah jalan, pas2 dari jauh dier ckp "tolong ustaz,tolong " ..pas2 kwn aku afiq suluh kat dier...dier nampak jer lampu torchlight...terus dier lari kat kitaong selaju mungkin sambil ckp "ustaz!, ustaz!" ..sampai kat kitaorg terus dier peluk huhuhuhu


ini lak beberapa gambar time rehlah ke sungai congkak...
















-sedikit slideshow n video time kat sungai tua-


Then akhir sekali...time majlis penutup program ini..aku sangat terharu dan rasa sayang nak tinggalkan murid2 aku ni...best tul ngan dorang...time ni ada yang nangis...murid2 siap ckp thn depan ada lagi x ustaz...Insya Allah! andai kata berkesempatan aku akan luangkan masa.....pas2 aku ada dpt satu hadiah dari anak murid aku ...terharu tull....terima kasih faruq!! Insya Allah ustaz sentiasa doakan kejayaan tuk faruq didunia dan diakhirat,,,

Semoga kita berjumpa lagi!






Monday, December 21, 2009

Menerajui kepimpinan?




Menyebut tentang kepimpinan rasa nya semua tahu apa itu erti kempimpinan, tapi sejauh mana kita dalam menghayati erti sebuah kepimpinan dan matlamat kita sebagai muslim

Aku teringat lagi, time dalam kereta, aku borak ngan sorang kawan aku ni...camni kira perbualan nya

Kawan : kamal ko nak join MPP ke sem depan?
Kamal : entah la ada rezeki aku xkisah sangat.,..
kawan : aku nak tanya ko, kalo la ko join MPP , sbb pe ko nak join?
Kamal : kalo aku join, mungkn sbb aku menimba pengalaman, nak improve soft skill
kawan : hmm ko tahu x kamal, ramai orang yang join MPP kata cam ko, sebab nak cari experience, tapi ko sedar tak, x ramai yang cakap sebab nak membawa suara rakan2, atau membantu mahasiswa2 yang mengundi dier.

Time tuh ya Allah, aku sangat terkejut , aku cuba fikir balik dalam-dalam....betul cakap kawan aku tuh, kebanyakkan benda yang aku join aku cuba fikirkan tentang kebaikan untuk diri aku je.. Sejak dari kata-kata kawan aku ni, aku nak kongsikan bersama korang semua, dan try check balik diri kita.

Mencari pengalaman dan improve soft skill tuh memang betul, tapi kita perlu beringat, itu adalah sampingan yang paling penting adalah sejauh mana kita ni boleh memberi manfaat kepada orang lain..."Seorang muslim yang berguna itu adalah mukmin yang memberikan manfaat kepada orang yang berada di sekeliling nya".. Pada zaman Rasullah dahulu, Rasullah sebagai ketua, sentiasa menginginkan yang terbaik untuk umatnya..jika rakyat nya berlapar, Rasullah sanggup berlapar ,contoh yang kita boleh amik semasa peristiwa perang khandaq, Seorang sahabat mengikat perutnya dengan batu bagi menahan lapar, beliau mengadukan kepada Rasullah, dan Rasullah hanya tersenyum dan rupanya Rasullah juga mengikat perut baginda dengan batu bahkan lebih banyak berbanding sahabat itu.

So nasihat yang aku berikan ni sebenarnya khusus tuk diri aku, tapi adalah lebih indah dapat jika dapat dikongsikan bersama... Sentiasa melihat niat kita..aku berbangga ramai kekawan aku yang sekang berada ditampuk kepimpinan...sangat berbangga tapi kita perlu sentiasa check niat kita...segala per yang kita wat hanya la tuk Allah dan untuk mendatangkan kebaikan kepada masyarakat di sekliling kita