Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, May 24, 2010

Kem anak soleh 6 !



Insya Allah pihak alumni sekolah menengah islam hira' (ALIPH) sekali lagi akan menganjurkan kem anak soleh, iaitu merupakan program yang dianjurkan khas sebagai program kemasyarakatan untuk membentuk anak-anak kecil dan remaja mengenali islam dan mempelajari akhlak2 dan adab dalam membentuk insan yang soleh dan musleh

butir2 :

TEMA

”Kaca atau Permata”

TARIKH

Sekolah Rendah ( 10 hingga 12 tahun) : 7 Jun 2010 hingga 9 Jun 2010

Sekolah Menengah (13 hingga 15 tahun) : 14 Jun 2010 hingga 17 Jun 2010

LOKASI PROGRAM

Sekolah Rendah : Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam Shah Alam

Sekolah Menengah : Nur Lembah Pangsun , Hulu Langat Selangor

Yuran

Sekolah Rendah : RM200

Sekolah Menengah : RM250

**Pendaftaran akan dibuka tidak lama lagi.

Untuk maklumat :0194303156(Iman) 0136399798(Aiman)



Disini ada selitkan sedikit video kem anak soleh yang lepas untuk lihat camner program ini berjalan


Sunday, May 23, 2010

Selamat hari guru~

Assalamualaikum

time tengah" pilih nasyid untuk saya dengari...tiba2 terpandang sebuah nasyid yg bertajuk "lilin seorang guru". Bila dengar lagu ni saya tersenyum ,cam nak mengalir air mata ni bila terkenang kenangan kita sbgi hamba Allah menuntut ilmu dari kecik sampai la melangkah ke menara gading...Ya Allah petapa besarnya jasaMU guru...

Pernah langkah ku payah menuju ke destinasi,
kerana Malam gelap dan bintang yang kerdipnya,

menjadikan arahku keliru ketimur atau ke barat


1987-1992
Apabila lahirnya ku didunia, mak ayah la merupakan guru pertama yang mengajar ku erti islam dan kehidupan...bermula dengan tangisan,berbaring mengharapkan belaian,menirap,berdiri dan seterus melangkah menjadi insan yang mampu bangun untuk menuntut ilmu, engkau warnakan diriku yg serba putih ini dengan cahaya warna warni kehidupan terima kasih ku ucapkan atas pengorbanan mu wahai insan yang paling ku sayang




Bagai lilin membakar diri,
menerangi kegelapan hati,
engkau curahkan bakti dan budi

jasamu tiada berganti


1993
Pada umur ku melangkau 6 thn, bermula alam tadika, disitu aku belajar A,B,C, alif, ba ,ta, 1,2,3...
disitu lah dari iqra 1 ke iqra 3,mula mengenal alfatihah,solat,rukun islam dan iman ..mula mengenal kwn2 ku...haidar, afif, rafi ...sayang sekali kerana diri ku masih kecil ,tidak dpt mengingati guru2 yang pernah mengajar ku, cuma Insya Allah aku berjanji pada mu Guruku, yang aku akan mengunakana segala apa yang telah engkau ajarkan dengan sebaiknya sebagai permulaan untuk melangkau dengan lebih jauh...


Namun,tanpa rasa payah,
dia memimpin tangan ku
melangkah satu persatu,
menjadikan arah ku jelas,
akan harus kehadapan!!



1994-1999
Tahun 1994 bermulalah alam persekolah di sekolah rendah islam hira'...muallimah rabiatul adawiyah,muallimah halimah,muallim mahyudin,muallim zaini dan semua muallim dan muallmah yang pernah mengajarku...takkan ku lupakan jasa kalian, kenangan ku di batu belah sangat indah, bersama kwn2...diriku mula maju setapak demi setapak dari iqra, melangkah ke Al Al Quran, dari ABC ke karangan, Dari 123 ke tambah tolak,dari asas kepada sains, aku mula mengenal erti kehidupan dan kepentingan ilmu....Syabab dan fatayat, mengajar ku erti berdikari,erti alam dan juga kekuatan rijal dalam kehidupan....


kenangan bersama rakan2 di sekolah rendah


bersama arwah Muallim Mahyuddin, smg muallim ditempatkan bersama para solehin



Oooo Aku kini rindu, pada satu nama yang berjasa.. Tuhan beri kekuatan, untuk mendidikku selamanya...
ku pohon restu kasihmu ampun kan lah
Guru-guruku



2000-2006
Bermula alam remajaku di tanah wakaf jeram,..sekolah Menengah islam hira' jeram...dan disinilah bermulanya kehidupan berasramaku .. Muallim rusdhi,muallim mat rahim,muallimah ummi,muallim hasni, muallimah missidah,Mualliamh norlida,muallimah aniz, ustaz muhamin,ustaz zainol,ustaz amin,ustaz hamid,,,wa sangat ramai Muallim dan muallimah yang mengajar ku....Disinilah aku di ajar erti islam dengan lebih mendalam..pengenalan usrah, kuliah pada setiap isnin khamis, dan sabtu...puasa sunat isnin khamis, kepenting dalam menunaikan solat berjemaah...sungguh indah biaah yang aku hadapi ketika itu....Muallim dan muallimah tidak jemu mencurahkan ilmu kepada ku...susah senang dihadapi bersama.....main bola bersama2...makan bersama2...sangat indah! Dari karangan aku melangkau kpd pidato ,pantun,sajak didikan sebagai seorang pemimpin...dari tambah tolak aku melangkau kepada Algebra, dari sains aku melangkau kepada kimia fizik dan biologi, dari Al Quran aku melangkau ke hafazan dan penafsiran,..kenangan yang tidak dapat aku lupakan...





Semalam ku lihat dia,
dibibirnya ada kalimah,
yang bergetar sabar waktu,
sambil tangan menggengam lilin,
lilin yang tiada terpadam,
menerangi hidupku kini,





2007-2008
Dari jeram ,aku melangkahkan kaki ku kolej matrikulasi perak...suatu suasana yang berbeza, aku sangat takut andai diri ku hanyut,,tapi alhamdulilah dengan segala ilmu yang ku pelajari ketika dialam persekolahan dapat ku amalkan disini. Dan aku sangat bersyukur ada juga insan2 yang ingin berjuang bersamaku di KMPk,biaah terpancar memberi ku peluang untuk bangun dan terus berdiri. Ustaz hairi,ustaz ahmah,ustaz saidi, ummi, puan rosyidah,mrs chew, dan juga guru-guru ku yang lain, aku sangat bersyukur bertemu dengan kalian. Disini ilmu kepimpinan dpt ku tajam kan ,disini juga aku bersyukur kerana aku dpt berbakti kepada pelajar-pelajar lain sebagai seorang pemimpin,disini juga aku mengenal apa itu erti cabaran dunia. Dari didikan seorang pemimpin, aku menjadi pemimpin, dari algebra aku berubah kepada formula2,,,dari fizik sains,biologi aku melangkau kepada perlaksanaan terima kasih guru!



2009 - 2010

Kini, perjuangan ku diteruskan di UITM, segala apa yang ku pelajari insya Allah akan ku amalkan disini...Disini baru ku mengenal apa itu sebenarnya erti dunia..En,Jeff,En Zaidi, Puan mazuyah, En Wan ,En makta, puan shifa' , En Embung,Pn Harlina, telah banyak mengajarku . Dari kepimpinan,formula,perlaksanaan, kini berubah kepada satu bidang yang lebih memerlukan focus bagi ku mencapai cita-cita ku Insya Allah sebagai seorang architecture yang dapat memberi sumbangan kepada Islam ,masyarakat,negara dan dunia.





Guru,
diri mu lahir bagai mentari yg terbit,
memberi cahaya kepada insan dalam kegelapan

Guru
dirimu lahir bagai bintang2 yang bergelipan,
memberi petunjuk kepada musafir yang sesat,

Dari ABC ke seorang perdana menteri,
Dari 123 ke seorang professor,architect dan engginer
Dari alif ,ba ,ta keseorang Hafiz, dan Alim Ulama'

Dari seorang bakhil kepada seorang insan
Dari seorang insan kepada seorang pejuang
Dan dari pejuang lah Islam tertegaknya islam dimuka bumi..

Terima kasih guru...


walaupn rasanya agak lambat untuk mengucapkannya...sy sekali lagi mengucapkan terima kasih guru! segala jasamu tidak dpt ku balas, hanya doa dan usahaku dalam mencapai cita2 dpt ku berikan kepada Mu...

Tuesday, April 13, 2010

Peperiksaan?

Assalamualaikum...lama x update blog,..kenapa eh? entah la bila time rasa nak update, dah siap dah pun tulis new post..tp terfikir pe manfaat post ni yg aku leh kongsi ngan org? so x jadi nak post...mngkn ada kelemahan pada penulisan...kata aku ni student yg sangat lama dalam bahasa..sejak tadika sampai la sekang x pernah A dalam subjek bahasa...

Berbalik pada tajuk atas...first sekali aku ingin ucapkan kepada semua kekwn..buat yang terbaik dalam test kali ni,semoga berjaya...Insya Allah Allah akan berikan kejayaan bg siapa yang berusaha ...Bila kita cakap pasal periksa...mesti benda first dalam kepala kita..."aku mesti nak score!"....dan time ni la library mula penuh..dak2 duduk dalam bilik tuk mengadap buku....dan time ni la juga kekadang kita baru nak ingat tuhan....baru nak start solat hajat..setiap kali dalam doa, kita akan sertakan bg la kejayaan dalam peperiksaan kita...

Bagi aku x salah pun nak wat cam2..cuma cuba la berfikir sejenak...kenapa kita manusia ni time waktu susah baru terlahirnya momentum keupayaan ni? sblm periksa x pulak rajin camni...time waktu2 kritikal ni...time ni la otak kita dr 5 percent kita guna jadi 10 percent kita guna...lepas tuh lepas exam, dah dpt result baru la kita nak start ckp...kalo la aku study awal2...mesti leh score...benda ni terjadi pada semua manusia ,,termasuk la aku...

so per yang aku cuba nak bawa...cuba kita check balik diri kita ni time periksa...rasa2nya lepas periksa ni kita akan tetap sama seperti dulu or bertambah lebih baik untuk sem akan datang? Kita manusia diberikan keupayaan yang sangat unik oleh Allah..cuma sejauh mana kita dpt gunakan keupayaan otak kita ni 100%?...so cuba la kita terapkan dalam diri kita ni setiap hari, persoalkan adakah hari ni lebih baik dari semalam...kehidupan manusia ni sentiasa ada naik turun , cuma sejauh mana kita leh amik manfaat time kita jatuh or naik....

Per2 pun sekali lagi , Aku ucapkan smg semua pembaca blog ni berjaya dalam final exam ...dan aku juga turut ingin menghulurkan seribu jari memohon kemaafan...insya Allah aku akan sertakan dalam doa aku kejayaan untuk korang semua ...amin!