Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, December 26, 2009

Guru?




Assalamualaikum...insya Allah entry kali ni, aku ingin berkongsi satu pengalaman yang amat berharga aku rasakan...iaitu menjadi seorang Guru!

Bermula nya apabila start cuti sem...Pada permulaan keinginan dihati ni ingin mengulang Al Quran selama cuti sebulan ni, then ajak Afiq, kwn sekolah sejak dr kecil lagi...then dier bgtau, Ustaz adang ,,iaitu ustaz yang mengajar aku time kat sekolah dulu,,,dier ada nak bukak satu program tahfiz sepanjang cuti sebulan ni dan ingin cari Cikgu yang leh ngajar..so dari situ kitaorng start kerja...

Pada hari first,mengajar kanak2, perghh sangat la payah... mana tak nya...sekejap je terlepas pandang semua dah p lari-lari dalam masjid..dah marah...5 minit je dorang ok..pas2 jadi semut balik....Pastu, mengajar kanak2 bukannya cam ajar dak2 remaja , mereka ni tangkap senang n dengar ckp tapi kalo budak2...Kita kena ajar dari A ke Z, dan sangat susah nak tangkap..dengan x dengar ckp nya lagi...huhuh tp bila angkat rotan semua dengar ckp huhuh





Then bila dah seminggu lebih mengajar, rasa sangat best ngan kanak2 ni...macam2 kita kenal kawal..dari segi bacaan nya sampai ke solatnya dan ke sikap harian dorang....banyak benda sebgai seorang cikgu perlu kita terapkan dalam diri dorang...Dan dari situ gak banyak benda aku belajar,bukan sekadar perlu diterapkan pada diri dorang tetapi diri kita gak,, kekadang bayangkan segan nya diri ini bila anak murid tanya..."Ustaz saya hafal doa tgk cermin...ustaz hafal x?"...huhuhuh terus aku kat rumah p search kat tenet cari doa ketika tgk cermin...segan2...tp dari situ aku sedar, even kita ni, setinggi mana pun ilmu kita, sentiasa akan ada org yang lebih berilmu dari kita even dier kanak-kanak , sebab tuh lah, menutut ilmu tuh adalah fardhu ain, keperluan menuntut tidak akan pernah habis sehingga la kita mati...
Then, time mengajar ni lah memacam aku dan afiq try usahakan...bawak dorang kuar jejalan...buat jalan malam tuk dorang...p rehlah..ustaz adang sebagai bos,, sangat lah sporting..ok sentiasa....


-time jalan malam ,..kul 2 pagi-

Time jalan malam...huhuh aku ingat lagi kelakar tul...ada sorang murid ni...dah jauh dah jalan, pas2 dari jauh dier ckp "tolong ustaz,tolong " ..pas2 kwn aku afiq suluh kat dier...dier nampak jer lampu torchlight...terus dier lari kat kitaong selaju mungkin sambil ckp "ustaz!, ustaz!" ..sampai kat kitaorg terus dier peluk huhuhuhu


ini lak beberapa gambar time rehlah ke sungai congkak...
















-sedikit slideshow n video time kat sungai tua-


Then akhir sekali...time majlis penutup program ini..aku sangat terharu dan rasa sayang nak tinggalkan murid2 aku ni...best tul ngan dorang...time ni ada yang nangis...murid2 siap ckp thn depan ada lagi x ustaz...Insya Allah! andai kata berkesempatan aku akan luangkan masa.....pas2 aku ada dpt satu hadiah dari anak murid aku ...terharu tull....terima kasih faruq!! Insya Allah ustaz sentiasa doakan kejayaan tuk faruq didunia dan diakhirat,,,

Semoga kita berjumpa lagi!






Monday, December 21, 2009

Menerajui kepimpinan?




Menyebut tentang kepimpinan rasa nya semua tahu apa itu erti kempimpinan, tapi sejauh mana kita dalam menghayati erti sebuah kepimpinan dan matlamat kita sebagai muslim

Aku teringat lagi, time dalam kereta, aku borak ngan sorang kawan aku ni...camni kira perbualan nya

Kawan : kamal ko nak join MPP ke sem depan?
Kamal : entah la ada rezeki aku xkisah sangat.,..
kawan : aku nak tanya ko, kalo la ko join MPP , sbb pe ko nak join?
Kamal : kalo aku join, mungkn sbb aku menimba pengalaman, nak improve soft skill
kawan : hmm ko tahu x kamal, ramai orang yang join MPP kata cam ko, sebab nak cari experience, tapi ko sedar tak, x ramai yang cakap sebab nak membawa suara rakan2, atau membantu mahasiswa2 yang mengundi dier.

Time tuh ya Allah, aku sangat terkejut , aku cuba fikir balik dalam-dalam....betul cakap kawan aku tuh, kebanyakkan benda yang aku join aku cuba fikirkan tentang kebaikan untuk diri aku je.. Sejak dari kata-kata kawan aku ni, aku nak kongsikan bersama korang semua, dan try check balik diri kita.

Mencari pengalaman dan improve soft skill tuh memang betul, tapi kita perlu beringat, itu adalah sampingan yang paling penting adalah sejauh mana kita ni boleh memberi manfaat kepada orang lain..."Seorang muslim yang berguna itu adalah mukmin yang memberikan manfaat kepada orang yang berada di sekeliling nya".. Pada zaman Rasullah dahulu, Rasullah sebagai ketua, sentiasa menginginkan yang terbaik untuk umatnya..jika rakyat nya berlapar, Rasullah sanggup berlapar ,contoh yang kita boleh amik semasa peristiwa perang khandaq, Seorang sahabat mengikat perutnya dengan batu bagi menahan lapar, beliau mengadukan kepada Rasullah, dan Rasullah hanya tersenyum dan rupanya Rasullah juga mengikat perut baginda dengan batu bahkan lebih banyak berbanding sahabat itu.

So nasihat yang aku berikan ni sebenarnya khusus tuk diri aku, tapi adalah lebih indah dapat jika dapat dikongsikan bersama... Sentiasa melihat niat kita..aku berbangga ramai kekawan aku yang sekang berada ditampuk kepimpinan...sangat berbangga tapi kita perlu sentiasa check niat kita...segala per yang kita wat hanya la tuk Allah dan untuk mendatangkan kebaikan kepada masyarakat di sekliling kita

Monday, November 9, 2009

Ucapan paling berharga di saat 9 November 2009

"abah dan mak tidak lupa sentiasa mendoakan agar kamal sentiasa diberkati,diberi ketenangan oleh Allah dalam menempuh usia-usia yang mendatang. Anggapkan apa yang dilalui berbentuk kesukaran dan kepayahan itu sebagai ujian Allah untuk menguji sejauh mana kita bersyukur terhadap kurnia yang diberikan olehNya dan bertapa kesabaran kita kepada ujian kecilNya. Allah tidak menjadi sesuatu tanpa sebab.Allah tetap adil kepada hampanya.Pasti apa yang berlaku itu ada keberkatan utk kita lebih bersedia untuk berfikir dan muhasabah diri untuk menyingkap dimanakah kelalaian kita dan juga memikirkan kebesaran dan keadilan Nya, Insya Allah selamat Hari jadi Kamal"

Saturday, October 31, 2009

Friday, October 30, 2009

assalamualaikum ustaz~

"Assalamualaikum ustaz kamal" ...terkejut aku bila mendengar orang memanggilku 'ustaz kamal' ketika baru je selepas habis solat jumaat time aku nak balik...aku menoleh kebelakang untuk melihat siapakah gerangan empunya badan yang memanggil td, Ya Allah, bila aku lihat,rupa-rupanya syahmie anak muridku time kem anak soleh dulu....sejuk hati,bila memandang anak kecik yang baru je menjejakkan diri di darjah 3 ini..aku x sangka, rasa diri ini dihargai..x sangka diri ini yang aku rasakan x layak tuk digelar ustaz,langsung x layak,ingat lagi dier kat aku...tapi aku sangat gembira bila berjumpa si syahmie ini,,,heheh teringat balik...time ajar si syahmie, aku terfikir sebentar, ape lah rasanya perasaan si guru yang mengajar bila anak murid mereka yang mereka ajar selama beberapa tahun menegur dan mengucapkan terima kasih? Aku ini, yang ajar si syahmie ni seminggu je ,bila dier tegur ,perasaan,rs sangat gembira...apetah lagi kalo si guru yang mengajar selama beberapa tahun dan apatah lagi kalo si IBU yang mengandungkan kita dan mendidik kita selama hampir 20 thn lebih..ok aku berbalik pada dialog aku td yg lebih kurang camni


-syahmie,gembira heheh -

Syahmie: Assalamualaikum ustaz kamal
Aku : eh syahmie! waalaikumsalam...waa sihat syahmie?
Syahmie: hehe ingat sy lagi x ustaz? hehe sihat..
Aku : mesti ar ingat,dah abg yang hantar syahmie kat tempat mak syahmie,
Syahmie: eh abg solat kat sini gak ke?
Aku : A'ah tiap2 jumaat abg solat sini
Syahmie: oooo,hah ustaz bila lagi kem anak soleh nak ada ? x sabar nak pergi lagi..
Aku : waa bgs syahmie ni, suka eh ngan kem anak soleh?
Syahmie: mesti la suka,x sabar nak jumpa ngan kekwn lagi,akak2 ngan ustaz..best!banyak yng syahmie dpt
Aku : boleh2,nanti bila ada lagi kem anak soleh, nanti abg bgtau syahmie..

*ayah syahmie panggil syahmie

Syahmie: ok la ustaz ayah dah panggil tuh, balik dulu,assalamualaikum
Aku : Waalaikumsalam,jalan bebaik syahmie

huhuh xsangka sungguh aku, si syahmie ni suka tul dengan kem anak soleh, yg tahun lepas nya pun dier join, yang akan datang ni pun nak join ..bersemangat sungguh kali ketiga!...huhu pe2 pun aku sangat terharu dan rasa gembira, walaupn seminggu aku dpt sampaikan sesuatu bersama kekwn,,,insya Allah kalo ada masa, aku nak try jadi muallim kat sekolah,nak rasa pe yang cikgu2 rasa insya Allah,,,ok time for study esok exam!

Selamat hari jadi kak madihah...

Disini, saya nak ucapkan selamat hari jadi kepada akak sy Madihah Bt Mohd Ziyadi yang kini berada di syria....semoga panjang umur dan berjaya dunia akhirat sebagai muslimah sejati huhuhu rindu ngan akak sorang ni, merupakan seorang akak yg boleh dikatakan paling genius kat dalam keluarga...dari darjah 1 sampai f5 result sentiasa power...jeles pun ada,uhuhuhuh kini dier sorang je kat luar negara heheh pe2 pun all da best! lama sangat dah x jumpa akak sorang ni, dah 3 thn lebih dah...pe2 pun Selamat hari jadi kak! Abah,ummi dan akak,abg dan adik2 sentiasa mendoakan kak mad kat sana !



-kak madihah-


-kak madihah bersama kekwn kat syria-

Thursday, October 22, 2009

Kembali!!! selepas kesakitan !

Assalamualaikum, first thing, minta maaf kepada semua readers sbb sangat lama x update blog, nak cakap ada masa, ada je sebenarnya.. tetapi mungkin sebab xde idea nak menulis ...so time dekat2 nak exam terdetik nak menulis kembali...Insya Allah sedikit demi sedikit,mungkin dalam seminggu sekali update...Insya Allah perkongsian kali ini adalah mengenai appendix yang aku kena dalam 3 minggu lepas :)

Sem 4 kali ini sebagai pelajar architecture benar2 menguji jiwa ini , aku rasa sem ni lah paling banyak dugaan yang menimpa diri ini...bila fikir-fikir balik aku x tahu kenapa, rasa cam tergelak dan kekadang tersenyum...tak tahu kenapa...bermula dari kereta rosak,rm2500 hilang,moto hilang rm3000 hilang, then ayah dimasukkan ke dalam hospital disebabkan batu karang,satu keluarga dilanda penyakit demam, sorang demi sorang dari abgnya...ke adiknya...dan keadiknya,...dan ke ummi nya...kete accident,tp bukan aku bawak la,..kwn bawak,sian kete wira biru tuh....then diri ini lak merasa masuk wad selama 4 hari, disebabkan appenddix...Then dpt MC 2 minggu time-time final projek yang sangat banyak kerja yg perlu dibuat,exam lagi...rumah terbuka time raya lagi...tergendala time management...

Camner rasanya Appendix?
heheh rasanya camni, so siapa yg ada simtomps ni p la awal2 check ngan doctor eh...hehe, kena time hari sabtu time bersama ngan abg-abg dan kwn-kwn time kat mid valley, ada 4 stage rasa kesakitan....

stage 1
time tuh pukul 4 mula2 rasa sakit perut, cam perut kita masuk angin...

stage 2
time tuh pukul 7, Perut mula rasa memulas, rasanya cam sakit gastrik rasanya ....

stage 3
time tuh pukul 10 ,time tuh badan anda akan rasa kesejukan walaupun dalam kete tuh sangat panas sebenarnya,lepas tuh perut dah memulas sakit yang menekan, sangat merana gak rasanya,dan anda x rasa pun nak buang air kecil mahupun yang besar, dan selera makan xde...after that terus kekwn hantar klinik demc, jumpa doc,time tuh pukul 12,doc ckp time tuh anda suspeks kena appendix, so doc bg ubat tahan sakit, and suruh balik rumah rest sampai pagi esok, kalo makin sakit datang balik,then akibatnya merana la sampai pukul 3,,,,time mata dah berair2 tahan kesakitan,bukan sbb nangis eh,,tp sbb perit....

stage 4
time tuh dah pukul 3 pagi, memang x dpt tido langsung time, tuh kesakitan ditahap sangat la sakit, paling sakit kat bahagian belah kanan perut, dan anda susah tuk berjalan, nak berjalan kena henjut2...and dah rasa pening2....time tuh direct terus ayah hantar p SMC

Selepas tuh kul 8 pagi direct operation , membuang appendix,,,hilang la satu organ dalam badan ku :P ni la die organ badan ku yang dibuang, doctor cakap kalo lambat bedah, organ tuh akan pecah dalam perut,dan menyebabkan pendarahan dan boleh mengakibatkan kematian...siapa yg rs geli xyah la tgk, eh ini untuk pembelajaran,khususnya pada kekwn yg amik medic :P



yang belah ada warna2 cam biru tuh, adalah tempat ia dijangkiti bakteria,...

Camner boleh kena?
Ketentuan Allah...huhuh yups itu salah satunya, and kedua nya adalah sebab pemakanan kita, saya ada tanya doc, camner boleh kena? dier ckp sebab jangkitan kuman pada makanan, n effect kat appendix,,,selepas tuh tanya lagi, apa function appendix ni, senang je doctor tuh ckp, "xde function,hanya lebihan daging kat perut kita"....x tahu la betul ke x, tp itulah doctor tuh cakap...

Pengajaran?
Selepas aku rasa first time dibedah,aku terpk, sebenarnya ujian yg aku hadapi ni baru je sikit, ramai lagi yang merana,...rasa sakit appendix ni pun dah cukup sakit, apa lagi kalo sakit kematian, adalah benda yang paling menyakitkan, camner rasa nya? Wallahulam,...aku ni dah cukup bersedia ke nak hadapi kematian? Amal pun sebatang karat, bakti pada ibubapa pun kurang...pada masyarakat apatah lagi....Masa kul 3 pagi time stage ke 4 tuh, time ayah aku bwk p hospital, time tuh la aku sangat takut, first time aku rasa perasaan yang sukar aku nak tafsirkan,tapi itulah pengalaman, dan aku perlu amik pengajaran darinya

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi.
Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesunggguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” (Al-Anqabut:2-3)

Disini juga, sy ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada org-org yang sudi membantu sy,melawat sy, Xkan sy lupakan jasa anda...lagi-lagi azrul,arif,rahmat,,,rs serba salah ngan dorang sbb xdpt tolong buat assignment ngan dorang,,ingat lagi azrul ckp ngan aku,,"kamal xpe ko rest dulu,pandai2 la kitaorng buat assignment ni,ko rest je"...Alumi-alumni yang sudi melawat,on the spot dorang datang ..,and concern tul terhadap pemakanan aku, walaupn doctor ckp ,bolej je makan apa-apa sebenarnya...tp dorang ni mengalahkan mak ayah aku :P,,,terima kasih2, dan paling aku nak ucapkan terima kasih pada Abah ngan Ummi! terima kasih bebanyak, sanggup datang kul 3,4 pagi tolong kamal ,anak yang paling nakal kat rumah ni...xkan daku lupakan jasa korang terima kasih bebanyak..






Friday, August 21, 2009

The Janitor

Assalamualaikum,lama x update blog..sbb sangat bz akhir-akhir ni tuk submission projek 2, dengan archifest nya lagi, tuk alumni lagi....ni kat sini aku nak post sikit, satu karya satu studio aku vamos unidad time archifest...huhuh dan movie ni aku yg edit... alhamdulilah menang 3 anugerah archifest...

Pengarah: Saiful sazlan dan izat
Camera man: Arif
Editing movie: Aku

Win 3 award
1)Special juri award
2)Best actress
3)Best Creative movie

ni movie dier yang aku dah separate kan, sbb x leh nak upload full movie...sry sbb pecah sikit, aku terpaksa kecikkan resolusi movie ni,


Wednesday, July 29, 2009

Kejohanan Futsal Pembina Shah Alam -Klang

Assalamualaikum, nak umumkan sekali lagi, Insya Allah satu pertadingan futsal anjuran Pembina shah alam - klang akan diadakan pada 9 ogos ini, makan sesiapa yang berminat boleh menghubungi talian seperti yang tertera dalam poster dibawah,




Monday, July 27, 2009

program bersama pelajar PDT ! and lata kinjang!

Alhamdulilah,25-26 ogos 09, kitaorg alumni kmpk membuat satu program bersama pelajar pdt di matriks, n satu mesyuarat MT diadakan untuk membincangkan hal-hal berbangkit, overall ,best dan berpuas hati,.smg pelajar pdt mendapat something dari apa yang telah kami laksanakan, n pas2 kitaorng alumni-alumni kmpk p air terjun kat lata kijang,,huhuh best ,,semoga dpt merapatkan ukhuwwah sesama kita :)..makan durian sesama,langsat..best2...terima kak mas banje :P


adeq~ pe yang ko ajar kat dorang ni





itu dier bro syahmie ngan faiz kita...


"camni dik,bla bla" kata kak banan


itu dier org kuat n senior kita,kak mas


hah siap korang,abg target korang time mppb next year heheh


-gaya abg pian yang sangat x leh blah-


-fasi alumni perempuan-


-bukak durian-


-huhuhu-

Friday, July 24, 2009

Khas untuk perempuan yang bergelar islam!! Hijab



assalamualaikum kat sini nak kongsi satu video yang jumpa dari blog kwn, sangat bgs, nanti foward la video ni kat kawan-kawan perempuan yang lain ok,

Our prohpet s.a.w say
'Hijab is to control or protect the beauty and holiness within a women"

so harap bg golongan wanita terutamanya kekwn sy, harap dapat menghayati video ni dan fikir-fikirkan lah eh

Wednesday, July 22, 2009

Di jalan Dakwah aku menikah!

Assalamualaikum, mengenai tajuk di atas, nak bercerita ttg sahabat-sahabat saya, wa, x sangka sungguh, ramai sungguh dak-dak sekolah (Hira') sy yang dah berumah tangga alhamdulilah,lelagi yang kat mesir ,paling latest, Irfan Salmi yang baru saje selamat dihijab kabulkan di bumi anbiya semalam, umur sama ngan sy tuh...huhuhu lepas ni senior hira' lak sorang lagi kahwin, abg salman, sama umur ngan akak tuh...lepas tuh alhamdulilah saudari asma, salah sorang dari batch saya , dalam 3 minggu lepas melahir baby pertama batch 10...tahniah diucapkan...! Kat bumi mesir ni meh sy check list siapa yang dah kahwin, Abg suhaib ar rumy, ngan isteri dier, dedua Hira'...suhail sufian, Tahniah diucapkan





-irfan salmi bersama haidar-


-baby yang lahir di mesir insya Allah sbgi peneraju ummah dimasa hadapan-


-bayi hira' batch 10 ,anak saudari asma' asiah-


Saya berfikir,camner dorang ni kahwin awal?Umur muda2 lak tuh, itu lah dinama kan jodoh,,,satu persoalan lagi pernah kah dorang ni bercinta ? NEVER..cakap pun xpernah nampak time sekolah dulu ngan isteri dorang,,tapi ini lah dikatakan menikah di atas jalan dakwah! Menikah kerana Allah, dan ia juga merupakan satu jalan dakwah.

Ada kawan saya selalu tanya kat saya, kalo x cinta sebelum kahwin camner nak kenal hati budi dier? Nanti kang dah kahwin kang nyesal..ok memang saya xde pengalaman, sbb saya pun x kahwin lagi..tetapi saya berani mengatakan bahawa yakin la, "lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik,dan sebalik nya, lelaki yang tidak baik adalah tuk wanita yang tidak baik"..itu adalah janji Allah, dari ayat ini:

"lelaki yang berzina tidak akan mengahwini melainkan perempuan yang berzina,atau perempuan musyrik, dan perempuan yang berzina tidak akan mengahwini melainkan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik, dan yang demikian diharamkan atas orang-orang mukmin"
(An-nur[24] :3)

ini adalah satu kata-kata dari akh suhail sufian selepas dier berkahwin sudah hampir masuk setahun ,

"Sungguh anugerah ini berani saya katakan antara hadiah terhebat daripada Allah kepada kami. Pasti, apabila Allah mengatakan jodoh ditanganKu, tiada yang saya rasakan melainkan betapa dekatnya Allah dgn diri ini, kerana Beliau yang maha agung sendiri berjanji untuk memilih pasangan hidup untukku"


- suhail sufian-

Yups! yakin la insya Allah akan menjanji jodoh yang terbaik untuk kita! Kita selalu berfikir " aku nak kan isteri yang solehah, ciri-ciri nya, first mesti bertaqwa, kuat agama,menutup aurat, memahami,cun, n lelain ",di sini saya nak utarakan suatu benda ..pernah kah kita terfikir, kita bermimpi hendak pasangan yang begitu hebat, tapi adakah diri kita ni dah cukup hebat? Cukup ke Ketaqwaan kita ni? Cukup ke ilmu kita ni nak dpt isteri sebegitu? So bg saya, better kita aim tuk memperbetulkan diri kita ni,tambahkan ketaqwaan kita,tambahkan keimanan kita dan berdoa la pada tuhan, insya Allah ,Allah akan menjanjikan yang terbaik tuk kita

buktinya, saya tengok sendiri, dari kawan saya sendiri, selama di sekolah hira' dulu peribadi mereka sungguh hebat, alhamdulillah isteri yang mereka dapat adalah sekufu ngan mereka sangat padan dan sama hebat ! memang terbukti janji Allah..

Pembinaan keluarga muslim (baitul muslim) amat penting dalam merealisasikan masyarakat muslim (mujtama’ muslim) yang kita cita-citakan. Hal ini kerana keluarga merupakan batu binaan masyarakat. Jika baik majoriti keluarga yang berada di sesuatu komuniti, maka baiklah komuniti tersebut!

Apa yang saya perkatakan ini hanya la sekadar pandangan dan ilmu yg serba kekurangan yang ada dari saya, segala yang baik itu datang nya dari Allah, dan kelemahan diri tuh datangnya dari diri saya

Tuesday, July 21, 2009

laman web menghina islam..

Assalamualaikum,sedang surf2 mencari maklumat, terjumpa laman web ni...bila baca Ya Allah geram pun ada, so sesiapa yang jumpa laman web ni ,hati-hati la eh...

http://mengenal-islam.t35.com/

Friday, July 17, 2009

Aurat....bebuat x faham or faham?

Assalamualaikum, alhamdulilah dipagi-pagi ni dapat idea tuk menulis sebelum menanti untuk pergi ke kelas...aku sentiasa memerhati keadaan sekeliling aku, ada yang pakaian nya sejuk mata memandang,ada nya yang bagi aku sangat la menyakitkan mata...terutamanya wanita, memang lelaki zaman sekang ni memang kena kuat iman tul.

Lelaki

Bagi aku, sebagai seorang lelaki, x susah nak jaga aurat, senang je rasanya, bukannya banyak cam perempuan, Dari lutut sampai ke pusat, tapi ni aku nak ckp sikit,masalah yang aku selalu nampak adalah kat bahagian pusat dan lutut. Aku rasa semua tahu benda ni, cuma x tahu ,samada buat x tahu or saje menunjuk yang kita ni tuff.

Paling ketara sekang adalah seluar pendek, bagi aku, xkisah je nak pakai seluar pendek, as long dier still bawah lutut and time main x terselak nampak lutut,x pun susah sangat, time main pakai la tight..aku rasa xde masalah pun. Asal kita nak ikut gak budaya barat tuh,main je kena buka semua benda, x faham tul aku...x selesa ke? susah nak bergerak ke? Aku ok je...aku pun lelaki gak,xde masalah rasanya.

Satu lagi time nak tido, ni benda yang aku duk perhatikan dari aku kat matriks sampai la sekang,kalo korang sorang2.. xkisah korang nak bukak pe, tapi kalo kat dalam dorm sesama kawan, jaga la aurat tuh even dorang lelaki sama jenis ngan korang, selalu nya yang aku dengar " Ala kamal,lelaki sama lelaki bukan pe2 pun".. ya aku tahu memang x rasa pe2,tapi dah arahan syariat, korang lebih sayangkan syurga or neraka,kita tahu ke mana kita p kang lepas mati? Kekadang ada yang kata panas, haiz aku ok je even tido pakai seluar panjang, x rasa pe2 pun...lena je tido,so tak tahu la samada kita ni faham or bebuat x faham

Perempuan

sebelum aku ckp pe2 aku bg dalil dari surah an nur and surah al ahzab

"Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereke menutupkan kain kerudung ke dada meraka, dan janganlah menampakkkan perhiasa kecuali pada suami.." An nur [24]: 31

"Hai nabi, katakan lah pada isteri kamu,anak-anak perempuan mu dan isteri orang mukmin, hendaklah mereka mengulurkan jilbab ke seluruh tubuh mereka" Yang demikian supaya mereka lebih mudah dikenal dan kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah maha pengampun lagi maha penyayang" Al Ahzab [33] : 59

ok dr dalil ni dah jelas2...wanita ni kena tutup segala aurat mereka seperti yg dah sedia maklum seluruh anggota badan kecuali muka ngan tapak tangan,pas2 bila dah pakai tudung tuh, jangan la pakai ketat lak, tuh sama tunjuk aurat gak, n tudung yang perlu dipakai tuh mestilah melebihi paras dada.,,aku rs ramai yang dah sedia maklum benda ni ,,samada tahu or wat2 tak tahu...

memang aku lelaki,tp aku pernah tanya akak aku,kwn aku yang berpakaian cam yang telah digariskan,menyusahkan ke? Dorang cakap lagi mudah adalah, hidup pun selamat, xde orang gatal2 nak ganggu,orang pun respek kat kita

Memang kekadang org ckp " Don't judge a book by it cover", tp tuk istilah manusia ni, aku rs kita kena wat cam2, sbb aurat adalah basic terhadap pemahaman korang, and samada hipkorit or tidak,,memang aku xnafikan wanita yang tudung labuh pun ada yang teruk,tp bagi aku mengapa kita xnak pulak ckp, org yang tak bertudung tuh lagi banyak masalah sosial dier, org yang pakai tudung x sempurna tuh lagi banyak masalah sosial dier berbanding wanita bertudung labuh ni... tu x nafikan pulak? Bagi aku, adalah lagi baik "kita cantik di luar dan di dalam"..

Anda semua perlu tahu,kita tutup aurat ni bukan sbb org lain , tp tuk diri kita, Allah dah perintahkan, maka ia ADALAH WAJIB, wanita adalah golongan yang paling senang untuk ke syurga dan golongan yang paling mudah juga untuk ke neraka, sanada korang tahu or wat2 tak tahu

Ni persepsi aku sebagai seorang lelaki, percaya la, wanita yang pakaian sopan,tepati ciri-ciri menutup aurat, jauh lagi lawa, bila nampak ,sejuk je mata ni,alhamdulilah, tapi bila dah pakai seksi, bukak sana sini,hilang seri,hilang segalanya.,..serius ckp bila pakai pakaian yang cam digariskan korang lagi lawa!

pe2 pun minta maaf bebanyak kalo sesiapa yang baca ni terasa hati or anything, even diri sendiri ni pun banyak wat silap,peringatan yang aku tulis ni khas tuk diri aku, n alangkah bagusnya kalo dapat di kongsi bersama, aku tulis ni sbb aku sayangkan saudara-saudara seagama dengan aku, aku pernah cuba terbayangkan,, aku jalan kat bandar yang sesak ngan manusia, bila aku pandang semua nya berpakaian seperti yang digariskan,,aku amat inginkan suasana itu,rasa aman dan tenteram,,, so fikir-fikirkan lah terima kasih...

Wednesday, July 15, 2009

Karnival Futsal Pembina!

Assalamualaikum,nak promosi sikit, insya Allah dalam masa terdekat ini Persatuan belia islam malaysia ( PEMBINA ) akan menganjurkan satu program futsal yang akan diadakan pada 9 ogos ini,butiran nanti saya akan letakkan dalam design poster

Insya Allah,cara pendaftaran, hadiah tempat di mana,saya akan update nanti..




Sunday, July 12, 2009

Architecture assignment kitchen research!

Kat sini aku nak kongsi beberapa pengalaman aku ngan kekwn wat research for our first design projek, our first projek is about Anthropometric and Ergonomic..Apa tuh anthropometric? Ergonomic?

Anthropometric, ni sistem ukuran untuk manusia dengan tujuan untuk memahami fizikal manusia sendiri yang berbeza antara satu sama lain, contoh yang aku leh wat cam kita nak design meja, kita manusia terdiri dari pelbagai,kat malaysia org nya besar camner,jepun besar n tinggi dier camner lak,pastu kalo untuk org besar ngan dak kecik dimanakah perbezaan nya,,so benda2 ni kita kena consider semua benda ni...

Ergonomic lak berkaitan sains dengan designing untuk sesuatu keperluan untuk kita melakukan kerja..ia berkaitan dengan 5 aspek penting bila nak design sesuatu, keselematan,keselesaan,kegunaan,produktiviti, dan estetika...contoh nya cam kita nak design kerusi,,camner kerusi tuh di design tuk mementing kita nya keselematan,keselesaan,,pas2 lawa ke x? Apa kegunaan dier...cam2 la...

Group aku di assign untuk memahami satu part dari rumah iaitu dapur,,,huhuh sangat best ,,so tuk dapat feel pasal dapur ni and nak memahami per basic2 dapur ni,,kita org p la hulu langat cari rumah-rumah lama tuk research pasal dapur zaman2 dulu...yang best nya kitaorng ni, p je rumah sesiapa yang kitaorng rs sesuai,pas2 dengan x malu nya bg salam minta izin...huhuh dah la tuan rumah xkenal,,tp tuh la pengorbanan,wat pe nak malu demi ilmu right? Tp overall alhamdulilah,rumah-rumah yang kita p,tuan rumah semua baik2..best!


-rumah pertama yang menjadi sasaran kitaorng-


-bersama tuan rumah, nenek hajah rahmah,umur 83 -


-tengah ukur menggunakan human scale,just anggar-


-rumah kedua yang menjadi sasaran,makcik azizah yang sangat baik-



-huhu panjat pokok amik rambutan..makcik tuh bg eh,terima kasih makcik azizah-

insya Allah nanti aku sambung terang pasal projek 1 kitaorng,sbb nak sambung awat assignment :P

Saturday, July 11, 2009

Ujian dunia? Tension? Hikmah?

Sedang-sedang aku duduk di depan komputer, tiba-tiba aku terfikir, benda yang berlaku pada aku bulan lepas, sangat perit rasanya..pada hari pertamanya time aku nak p matriks naik kete...tengah tengah bawak kete..kete nya engine over heat...habis rosak, RM2500 melayang, then pada 2 minggu seterusnya,aku berjaya membeli satu moto ex5 yang aku nak gunakan untuk ulang alik p universiti,,then x sampai 2 minggu,..Ya Allah motor yang x sampai 10 kilometer lagi aku bawak dah kena curi, rm 3000 habis..balik2 rumah nak settle insurans,ada prob xdpt nak tuntut,,,pas2 baju pulak jadi mangsa,adik tersilap basuh,baju tuh pun baru 2 kali pakai tuk majlis formal..hilang lagi, semuanya berlaku dalam satu hari je..argh!! Jumlah kerugian dianggarkan rm5700,habis 1 sem nya jpa,

time tuh ya Allah...hanya tuhan saje yang tahu camner perasaan aku...dalam masa sehari tuh aku rasa aku lah paling malang tuk hari tuh, x sesiapa berani tegur aku ,tapi sekang ni bila aku fikir balik aku rasa menyesal kat diri aku kerana aku ni x tabah hadapi ujian dunia..aku ingat lagi kata-kata ayah aku time berlaku nya benda ni "kamal,sabar kamal...ujian dunia ni sebagai satu cara mentarbiyyah diri kita sebenarnya,tanpa ujian seseorang manusia xkan jadi seperti mana diri mereka sekang ni,insya Allah rezeki kita boleh cari kamal,tapi ujian dunia ni datang sekali sekala dan peluang tuh yang paling sukar untuk kita dapat samada kita boleh amik hikmah darinya untuk memperbetulkan diri or kita hanyut dengan ujian itu,mungkin Allah uji kita ngan satu ujian lepas ni dier bg sesuatu kat kita,bukan kat dunia,mungkin di akhirat"

terima kasih abah sampai bebila pun xkan lupa ngan kata-kata ni, memang betul per yang ayah aku ckp,seminggu lepas aku terima ujian ni,kuar result U ,alhamdulilah amat memuaskan,n aku rasa kehidupan aku time tuh amat bermakna walaupun moto dah hilang,sangat best time duduk kat matriks,n sekang ni,bila dah start kelas aku dapat sesuatu yang aku rs amat lain dari lain,,dari situ aku mula rasa kebenaran dari kata-kata ayah aku..

Itu adalah pengalaman yang aku rs, n setiap manusia mesti pernah merasa ujian hidup ..disitulah keimanan kita diuji samada ia nya rapuh or kuat, sedar x sedar jika kita rasa diri kita ni malang,sedar la masih ada insan lagi jauh lagi malang dari kita, contoh paling dekat yang boleh kita amik, saudara kita dipalestin sana, hari-hari kena bomb,hari-hari rumah dimusnahkan,dihalau dari kampung halaman mereka sendiri,sedangkan kita ni ujian yang x seberapa ni pun kita dah mengeluh,sejauh manakah tahap keimanan kita jika nak dibandingkan ngan mereka? kita fikir-fikirkan lah

Saturday, July 4, 2009

Transformer islamik

Kat sini saya nak kongsi satu video yang saya teramik dari abg saya nya hardisk,menarik huhuh sesama la kita hayati,..

Thursday, July 2, 2009

My banner design collection!

Kat sini aku nak kongsi beberapa design yang pernah aku wat...so sesiapa nak comment and mungkin nak minta bantuan aku ,leh la aku membantu andai kata kelapangan masa


baru letak...latest one
















-Design wallpaper -


-Design wallpaper sireh pulang ke gagang 4-