Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, November 4, 2012

Hidup Muslim


Assalamualaikum, lama betul x menuliskan kat blog ni.. Sudah "bersarang" atau "berhabuk" kata orang...
Betullah orang kata, nak menulis bukannya mudah, apatah lagi untuk jadi penulis buku...Kita perlu ada niat yang jelas dan juga kekuatan diri dalam istiqamah untuk menulis...Agak best andai kata saya ada sikap ni...tapi insya Allah saya akan berusaha ke arah itu :)

Okay sblm memulakan dengan lebih lanjut.. sy ingin mengajukan beberapa persoalan khas untuk diri dan juga para pembaca,,Adakah kita ini muslim?? Satu persoalan yang sangat mudah dan 100% confirm kita dpt jawap, dan mana2 manusia yang beragama islam akan menyatakan mereka dirinya adalah muslim. TETAPI, apabila bertnykan adakah anda mengamalkan gaya hidup muslim, satu persoalan yang sangat sukar dijawap kerana ia merupakan satu persoalan yang mempunyai jawapan dalam bentuk praktikaliti dan bukan kefahaman semata.


Apa matlamat hidup seorang muslim?

Disini jawapan paling mudah adalah kita lihat pd Surat Dzariat juz 27 , ayat 56. Yang bermaksud :
"Dan tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah aku"

 Di mana Ayat ini menerangkan the ultimate purpose kita hidup di dunia ini x lain x bukan untuk menyembah Allah S.w.t, itu adalah asas matlamat hidup seorang muslim. TETAPi, bila kita melihat ayat sblmnya iaitu ayat 55, dimana :
"Berilah peringatan sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang muslim"

Ayat ini bila kita tadabur dan cuba memahami secara jelas, Ia adalah salah satu lagi matlamat bg seorang muslim, dimana seorang muslim itu perlu mengajak manusia lain kearah untuk mencapat matlamat utama iaitu menyembah Allah S.w.t . Dengan makna lainya adalah "dakwah" .

Kebanyakan manusia tahu, kita adalah khalifah dimuka bumi ini, tetapi sejauh mana kita menjalankan tugas kita sebagai khalifah ? tanya pada diri dan iman kita :)



Dakwah -satu asas matlamat hidup muslim

Satu word yang bila kita dengar, satu ayat yang seram sejuk bila kita dengar  and ayat2 yang selalu terfikir kat kepala., "ala bosan la,ni mesti ceramah2",, "ni kerja2 ustaz je, aku mana layak,ilmu agama x tinggi ! "

Apa makna dakwah ni ? ini adalah satu asas yang perlu kita faham,,, Iaitu mengajak manusia ke arah kebaikan tapi berasakan kerana Allah s.w.t dimana, "baik" ini adalah merupakan satu word yang sangat luas. Dakwah ini tidak semestinya hanya kepada orang bukan islam, tetapi orang islam sendiri. Even kita ajak p main bola, pun dakwah jika time main bola tuh kita bgtau, kena tutup aurat, niat kerana Allah. Itu adalah dakwah.Ajak makan sesama, pas2 ingatkan baca doa dulu, basuh tangan dulu..itu pun dakwah...
Dengar kata lain nya dakwah ni pun banyak peringkatnya , dan banyak methodnya...yang penting ia adalah mengajak kepada kebaikan berniatkan kerana Allah s.w.t.


Dakwah hanya kerja ustaz ustazah? nak tunggu ilmu agama dah tinggi baru berdakwah ? Sesungguhnya anda silap silap anda berfikiran demikian. Dakwah ini adalah tanggungjawap bersama, xkira sejauh mana pun tahap ilmu yang kita miliki. Ia adalah kesedaran yang perlu ada pada setiap individu yang bergelar muslim dimana kebaikan perlu disampaikan everwhere, everyday untill we die.  Itulah matlamat hidup seorang muslim.


Method

Seorang muslim yang baik ini umpama seorang doctor yang merawat seorang pesakit yang dijangkiti virus yang boleh merebak...jika ia x dirawat, virus ini akan berjangkit dari manusia lain ke manusia yang lain, bahkan ia boleh menjadi lebih bahaya, apabila virus itu bermutasi dan berjangkit ke persekitarannya, seperti tumbuhan dan binatang2 disekelilling...kita boleh katakan disini, virus itu adalah fenomena jahillyah yang berlaku sekarang Jika tidak dirawat ,dari awal, ia akan merebak ke manusia2 yang lain, dan kesannya berlakulah kerosakan di dunia ini. Untuk merawat virus itu, bukan semudah itu shj.. Seorang doctor itu perlu  tahu symptom nya terlebih dahulu, mengetahu puncanya, dan memilih cara yang efektif bagi merawatnya dan memilih ubat yang sesuai  dalam merawati virus itu....dan virus itu sentiasa bermutasi, maka doctor itu perlu sentiasa mengkaji kaedah2 yg sesuai dalam mencari ubat yang lebih kuat dalam mengubati virus tersebut...Begitu la juga seorang muslim apabila ia berdakwah, mereka perlu pandai mengenal pasti masalah, mempunyai pelbagai method dan kreatif.Sy akan kongsikan beberapa method yang saya rs efektif diperenggen seterusnya




Method dakwah : Belajar dari angry bird

Bila bercerita tentang angry bird, pasti semua orang tahu apakah itu angry bird? Antara satu game yang sangat legend di dlm perisian "smart phone". Boleh dikatakan hampir disemua peringkat umur pernah bermain game ini, kanak-kanak, remaja, bahkan dewasa jua turut pernah main game ni. Tapi tahukah kita sesungguh nya game ini sangat memberi manfaat bila kita hayati secara dalam dlm ,melalui perspektif mengikut islam kalo kita bebetul amik pengajaran dari game ni :)

Matlamat game ni menceritakan dimana sekumpulan sekawan burung yang sangat marah apabila kawan2 mereka ditangkap dan dikurung oleh sekumpulan babi hijau. Jadi sekumpulan burung yang pelbagai colour dah bangsa yang setiap masing2nya mempunyai pelbagai skill membuat satu perancangan untuk menyelamatkan kawan2 mereka yang terkurung ni....sedar x sedar matlamat mereka ini dipenuhi dengan nilai-nilai dan prinsip2 dakwah islamiah yang sangat kita perlukan dimasa kini... xcayer ? meh kita tgk:


1) Matlamat yang jelas
Sblm memlukan peperangan angry2 bird ni tahu asas perjuangan dorang, dimana burung2 yang marah ini, ingin menyelamatkan kawan2 mereka dan membunuh musuh2 mereka





2) berjemaah :) dan tidak racist
Dalam nak meruntuhkan tembok-temboh jahillyah yang begitu kukuh, burung-burang yang marah itu tidak bertindak secara berseorang, malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara solo. Maka mereka bersatu, bersatu tenaga mereka, bertindakan secara berjemaah untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyyah itu.


Angry bird ni hidup 1 malaysia...heheh, dorang mempunyai kulit dan warna yang berbeza,, tp masih boleh bergerak dalam 1 kumpulan ,,menunjukkan islam ni for All, x kira bangsa, warna kulit, darjat n keturunan


3) Strategi yang tersusun dan gerak kerja yg efektif
Bagaimana pula cara diorang susun sape yang p dulu dan sape yg p akhir?

Diorang susun dengan menilai, bagaimanakah cara yang paling berkesan dan cepat bagi meruntuhkan tembok jahiliyyah itu. Maka setiap seorang mengenal pasti kelebihan memasing dan bertindak mengikut kelebihan yang ada 

Yang reti potong kayu, pergi serang kayu
Yang boleh hancurkan batu pergi hancurkan batu
Dan menjadi tanggungjawap kita pula sbgi ketua, unutk detect apakah kelemahan musuh kita dan merancang strategi yang berhasil dalam bergerak
 
4)Sanggup berkorban jiwa dan raga
Sifat yang paling bagus yang dorang ada ni, angry bird ni sanggup bekorban demi ukkhwah sesama mereka,
yang warna hitam sanggup meletupkan diri mereka sendiri, yang warna hiijau sanggup mengorbankan anak2 mereka ke medan jihad. Ini bukanlah satu pengorban yang senang, menghantar anak yang masih dalam telur ke medan jihad, segalanya untuk mencapai satu matlamat , menjatuhkan tembok2 jahilliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu selamanya, terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas


"Sesungguhnya Allah membeli dari orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan mereka syurga"
 (At-taubah : 110 )

Ini la ciri2 yang perlu ada pada muslim, dalam dakwah kita perlu bekorban, masa ,tenaga dan material :)

Akhir kata
Maka kita perlu tahu, hidup muslim ini biarlah bermatlamat, jangan jadikan diri kita muslim yang layu seolah robot, setiap hari bgn pagi, mandi, p kerja, balik rumah mandi rehat tido dan bersedia untuk mengulangi rutin harian yang sama pada setiap hari. Jadi la muslim yang hebat dimana apabila dicampakkan dimana2 syarikat, anda la yang menjadi virus yang baik dalam mengubah masyarakat ke arah yang lebih baik...

Hidup biarlah bermatlamat,
Matlamat yang jelas dan ada tindakan ,
Hidup biarlah bermanfaat,
Bermanfaat kpd orang lain kerana Allah s.w.t

Jadilah mukmin yang hebat insya Allah


No comments:

Post a Comment