Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, December 21, 2009

Menerajui kepimpinan?




Menyebut tentang kepimpinan rasa nya semua tahu apa itu erti kempimpinan, tapi sejauh mana kita dalam menghayati erti sebuah kepimpinan dan matlamat kita sebagai muslim

Aku teringat lagi, time dalam kereta, aku borak ngan sorang kawan aku ni...camni kira perbualan nya

Kawan : kamal ko nak join MPP ke sem depan?
Kamal : entah la ada rezeki aku xkisah sangat.,..
kawan : aku nak tanya ko, kalo la ko join MPP , sbb pe ko nak join?
Kamal : kalo aku join, mungkn sbb aku menimba pengalaman, nak improve soft skill
kawan : hmm ko tahu x kamal, ramai orang yang join MPP kata cam ko, sebab nak cari experience, tapi ko sedar tak, x ramai yang cakap sebab nak membawa suara rakan2, atau membantu mahasiswa2 yang mengundi dier.

Time tuh ya Allah, aku sangat terkejut , aku cuba fikir balik dalam-dalam....betul cakap kawan aku tuh, kebanyakkan benda yang aku join aku cuba fikirkan tentang kebaikan untuk diri aku je.. Sejak dari kata-kata kawan aku ni, aku nak kongsikan bersama korang semua, dan try check balik diri kita.

Mencari pengalaman dan improve soft skill tuh memang betul, tapi kita perlu beringat, itu adalah sampingan yang paling penting adalah sejauh mana kita ni boleh memberi manfaat kepada orang lain..."Seorang muslim yang berguna itu adalah mukmin yang memberikan manfaat kepada orang yang berada di sekeliling nya".. Pada zaman Rasullah dahulu, Rasullah sebagai ketua, sentiasa menginginkan yang terbaik untuk umatnya..jika rakyat nya berlapar, Rasullah sanggup berlapar ,contoh yang kita boleh amik semasa peristiwa perang khandaq, Seorang sahabat mengikat perutnya dengan batu bagi menahan lapar, beliau mengadukan kepada Rasullah, dan Rasullah hanya tersenyum dan rupanya Rasullah juga mengikat perut baginda dengan batu bahkan lebih banyak berbanding sahabat itu.

So nasihat yang aku berikan ni sebenarnya khusus tuk diri aku, tapi adalah lebih indah dapat jika dapat dikongsikan bersama... Sentiasa melihat niat kita..aku berbangga ramai kekawan aku yang sekang berada ditampuk kepimpinan...sangat berbangga tapi kita perlu sentiasa check niat kita...segala per yang kita wat hanya la tuk Allah dan untuk mendatangkan kebaikan kepada masyarakat di sekliling kita

3 comments:

  1. assalamualaikum..
    akhirnya...abg kamal kita update jua..
    lama menanti sepatah dua kata dari anda..
    alhamdulillah..ada juga..
    btw, syukran ya atas perkongsian anda di atas

    ReplyDelete
  2. macam teringat lak dialog kat atas tuh. ops, lupa nak bagi salam.

    aa-sa-laa-mu-a-lai-komm ustaz ;)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.
    Terima kasih krn mengingatkan.

    ReplyDelete