Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, July 22, 2009

Di jalan Dakwah aku menikah!

Assalamualaikum, mengenai tajuk di atas, nak bercerita ttg sahabat-sahabat saya, wa, x sangka sungguh, ramai sungguh dak-dak sekolah (Hira') sy yang dah berumah tangga alhamdulilah,lelagi yang kat mesir ,paling latest, Irfan Salmi yang baru saje selamat dihijab kabulkan di bumi anbiya semalam, umur sama ngan sy tuh...huhuhu lepas ni senior hira' lak sorang lagi kahwin, abg salman, sama umur ngan akak tuh...lepas tuh alhamdulilah saudari asma, salah sorang dari batch saya , dalam 3 minggu lepas melahir baby pertama batch 10...tahniah diucapkan...! Kat bumi mesir ni meh sy check list siapa yang dah kahwin, Abg suhaib ar rumy, ngan isteri dier, dedua Hira'...suhail sufian, Tahniah diucapkan





-irfan salmi bersama haidar-


-baby yang lahir di mesir insya Allah sbgi peneraju ummah dimasa hadapan-


-bayi hira' batch 10 ,anak saudari asma' asiah-


Saya berfikir,camner dorang ni kahwin awal?Umur muda2 lak tuh, itu lah dinama kan jodoh,,,satu persoalan lagi pernah kah dorang ni bercinta ? NEVER..cakap pun xpernah nampak time sekolah dulu ngan isteri dorang,,tapi ini lah dikatakan menikah di atas jalan dakwah! Menikah kerana Allah, dan ia juga merupakan satu jalan dakwah.

Ada kawan saya selalu tanya kat saya, kalo x cinta sebelum kahwin camner nak kenal hati budi dier? Nanti kang dah kahwin kang nyesal..ok memang saya xde pengalaman, sbb saya pun x kahwin lagi..tetapi saya berani mengatakan bahawa yakin la, "lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik,dan sebalik nya, lelaki yang tidak baik adalah tuk wanita yang tidak baik"..itu adalah janji Allah, dari ayat ini:

"lelaki yang berzina tidak akan mengahwini melainkan perempuan yang berzina,atau perempuan musyrik, dan perempuan yang berzina tidak akan mengahwini melainkan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik, dan yang demikian diharamkan atas orang-orang mukmin"
(An-nur[24] :3)

ini adalah satu kata-kata dari akh suhail sufian selepas dier berkahwin sudah hampir masuk setahun ,

"Sungguh anugerah ini berani saya katakan antara hadiah terhebat daripada Allah kepada kami. Pasti, apabila Allah mengatakan jodoh ditanganKu, tiada yang saya rasakan melainkan betapa dekatnya Allah dgn diri ini, kerana Beliau yang maha agung sendiri berjanji untuk memilih pasangan hidup untukku"


- suhail sufian-

Yups! yakin la insya Allah akan menjanji jodoh yang terbaik untuk kita! Kita selalu berfikir " aku nak kan isteri yang solehah, ciri-ciri nya, first mesti bertaqwa, kuat agama,menutup aurat, memahami,cun, n lelain ",di sini saya nak utarakan suatu benda ..pernah kah kita terfikir, kita bermimpi hendak pasangan yang begitu hebat, tapi adakah diri kita ni dah cukup hebat? Cukup ke Ketaqwaan kita ni? Cukup ke ilmu kita ni nak dpt isteri sebegitu? So bg saya, better kita aim tuk memperbetulkan diri kita ni,tambahkan ketaqwaan kita,tambahkan keimanan kita dan berdoa la pada tuhan, insya Allah ,Allah akan menjanjikan yang terbaik tuk kita

buktinya, saya tengok sendiri, dari kawan saya sendiri, selama di sekolah hira' dulu peribadi mereka sungguh hebat, alhamdulillah isteri yang mereka dapat adalah sekufu ngan mereka sangat padan dan sama hebat ! memang terbukti janji Allah..

Pembinaan keluarga muslim (baitul muslim) amat penting dalam merealisasikan masyarakat muslim (mujtama’ muslim) yang kita cita-citakan. Hal ini kerana keluarga merupakan batu binaan masyarakat. Jika baik majoriti keluarga yang berada di sesuatu komuniti, maka baiklah komuniti tersebut!

Apa yang saya perkatakan ini hanya la sekadar pandangan dan ilmu yg serba kekurangan yang ada dari saya, segala yang baik itu datang nya dari Allah, dan kelemahan diri tuh datangnya dari diri saya

1 comment:

  1. salam,

    anta ble nak mnikah syeikh ?

    ReplyDelete