Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, July 2, 2009

Pisang goreng ke, Goreng pisang?



Pisang goreng VS goreng pisang? Apa benda yang saya cuba utarakan ni? huhuhu ini lah dia satu analisis yang saya wat kat status ym saya selama sejam untuk check berapa ramai yang peka ngan penggunaan bahasa yang kerap kali orang salah gunakan,kat status ym saya,saya letak "makan goreng pisang", satu penggunaan bahasa yang salah. Sepatutnya adalah pisang goreng. Hasil analisis dalam beberapa org yang menegur saya yang berkenaan ngan pisang goreng je,yang borak tak ckp pasal pisang goreng saya x masukkan dalam analisis, hanya 40 peratus je yang sedar penggunaan bahasa yang salah, 60 peratus lagi, tanya saya "eh makan pisang goreng ke,xnak ajak sekali...?"

(Yang sedar)
kawan A: Assalamualaikum,goreng pisang ke pisang goreng?
Saya : Waalaikumsalam,pisang goreng sebenarnya heheh

(yang xsedar)
Kawan B : salam, wa makan goreng pisang xnak ajak sekali ke?
Saya :uhuhuh waalaikumsalam...jom2 sedap giler ni...

Mungkin analisis yang saya buat ini tidak lah beberapa tepat kerana jangka masa yang terlalu pendek,tapi bila difikirkan walaupun ia pendek bila kita cuba kaitkan dengan kehidupan kita benda yang simple camni la kita selalu terlepas pandang,contohnya solat kita, ramai je yang solat tapi berapa ramai yang rasa solatnya diawal waktu? Berapa ramai yang mementingkan kualititi dari kuantiti?

Even bila kita nak menggunakan air pun berapa ramai yang mementingkan penjimatan dari keselesaan penggunaan?Satu lagi yang saya leh wat contoh,apabila kita tulis ,"assalamualaikum",ramai yang tulis salam, a'kum, tahukah kita mngkn org faham apa yang kita nak sampaikan tapi pernahkah kita terfikir benda seperti ini akan mengubah makna ayat tersebut.

kita fikirkan lah bersama, benda yang simple ini lah pada suatu hari nanti akan menjadi besar dalam kehidupan kita..ia adalah peringatan kepada diri saya gak...


-end-

No comments:

Post a Comment